Tuesday 28 February 2012

Pengetahuan am - Rempah ratus



Assalamualaikum

Tahukah anda bahawa rempah ratus bukan sahaja boleh digunakan untuk masakan tetapi juga untuk membuat pengawetan?Pengawetan yg dimaksudkan bukan untuk mengawet benda ok..tpi untuk mengawet manusia.

Pada zaman fira'un dahulu, raja-raja fira'un percaya bahawa roh mereka masih memerlukan tubuh mereka selepas kematian.Oleh itu mereka meminta spy tubuh mereka diawet agar dpt digunakan kembali. Proses pengawetan bermula dgn mengasingkan organ-organ dalaman dan memasukkannya ke dalam balang berlainan sebelum diawet,manakala tubuh badan pula akn melalui proses pembersihan dan dilumur dengan garam natron selama 40 hari terlebih dahulu untuk membuang cecair berlebihan di dalam badan.Semasa proses ini,tubuh tersebut akan mengecut sebanyak 50%. Kemudian rempah ratus seperti kayu manis dan jintan,dll digunakan untuk mengawet tubuh badan fira'un agar tahan lama dan tidak berbau.setelah itu,lilin lebah(bee wax)akn dilumurkan ke atas tubuh tadi sebelum dibalut seperti mumia sebanyak 15 lapisan.Oleh kerana proses pengawetan ini,maka dapatlah manusia pda zaman skrg(kita la tu) melihat tubuh badan raja-raja fira'un pada zaman dahulu.

pssst : pernah tgk mumia fira'un masa pameran festival kesenian Islam dahulu.Subhanallah mmg besar dan tinggi orgnya.Itu selepas di awet,klu belum di awet mesti lagi besar.

ok sekian utk kli ini.daaa.wassalam

Sumber : spice routes.

No comments:

Post a Comment