Tuesday 8 October 2013

Tips makeup menjadikan muka glowing

Assalamualaikum

Amboi cik kak...nampak perkataan glowing trus cepat-cepat click post ni ye :-p. Perempuan mana yang tak nak kulit nampak cantik kan?.Alahh sama la kita tu hehehee. Actually saya tidak la hebat dan terror sangat bab makeup ni.Makeup pun yang basic je pun.Tapi sebab saya rasa benda ni bermanfaat dan boleh menggembirakan hati kita semua so apa lah salahnya kita share ilmu.Kan Sharing is caring (":")v

Ok produk yang saya nak introduce kali ni ialah Brush On Radiance (Body Shop). Brand lain pun ada juga so boleh pakai brand apa-apapun. Brush On Radiance ni rupa dia macam bedak sejuk yang biji-biji kecil tu. Boleh apply guna sponge lembut atau guna berus blusher di seluruh muka dan lebihkan sapuan pada pipi,dagu dan dahi.Produk ni bila kita apply dia akan bagi effect warna kulit macam apricot/pinkish gitu dan membuatkan kulit kita kelihatan flawless dan glowing.

Tapiiii...bagi mereka yang mempunyai kulit jenis oily atau berminyak disarankan guna nipis-nipiiiis sahaja ok sebab nanti kulit akan kelihatan lebih berminyak.Produk ni tidak boleh di sapu terlalu tebal tau sebab ia akan membuatkan muka kelihatan berminyak dan macam crystal ball/cermin sebab terlalu shining.

Saya selalu guna langkah mudah macam dekat bawah ni bila keluar jenjalan:
1)Sapu moisturiser/sun block di seluruh muka
2) Sapu compact powder(yg ada foundation)
3)Sapu blusher dekat pipi
4) Sapu nipis-nipis brush on radiance di seluruh muka dan highlight kan dekat pipi,dagu dan dahi.
*eyeliner dan eye shadow pepandai la nak sapu bila*

Fungsi produk ni lebih kurang macam highlighter dan shimmer yang boleh buat kulit nampak bersinar-sinar dari jauh.Selain tu ia kita boleh jugak guna produk ni dengan liquid foundation dan caranya sama macam atas ni.Tapi dah alang2 guna liquid baik guna liquid illuminator yg boleh di apply bersama foundation.lagi best kesannya.Oh ya harga produk ni around RM65-RM75 kot.Kira affordable dan berbaloi la kan.


No comments:

Post a Comment