Tuesday 31 January 2012

Saham untuk kita nanti




Pic : google

Kemarin kami pegi Tenom utk menghadirkan diri di pengkebumian 1st cousin mama n ayah.Kira lama jugak la allahyarham pakcik kami ni sakit n keluar/masuk hospital.Sepanjang tu jugak la,hospital jdi rumah kedua utk isteri dan anak2 beliau.Bkn setakat berbulan,tapi tahun.Ermmm mereka sangat2 tabah kan.

Allahyarham ni anak kpd pakcik mama n ayah kami. Dia ni kira masih muda lagi la sbb baru awal 40an dan dia ni anak tunggal tapi syukur alhamdulillah dikurniakan 3 org anak(1 girl 2 boys).Yg 1st baru form 4,2nd form 2 and last drj 6. since dia tiada adik- beradik so dgn cousin2 la dia tumpang bmanja which is adik beradik mama, ayah and cousin belah sini. Dgn kami adik beradik pun rapat sbb drg klu dtg sini mmg akn bermalam di rumah kami. Terharu bila time saya kawin dulu drg berusaha juga dtg dr jauh even msa tu dia dtg pkai tongkat sbb tida sihat. Bila dia sakit then meninggal kami semua terfikir n kesian sbb dia tiada adik beradik.Parent pun xda sdh. Nasib baik ada anak dan isteri. But,for me dia tetap beruntung sbb even dia tiada adik-beradik,tapi dia ada anak yg boleh mendoakan dia. InsyaAllah anak-anak dia akan selalu mendoakannya sbb anak2nya semua baik n sdh di didik dgn didikan agama.*Allahyarham ni mmg menitikberatkan pndidkan agama* sekurang2nya ada juga menambah saham utknya berbanding org yg tidak punya anak.So benda ni membuatkan saya terfikir juga dgn nasib diri sendiri. Mungkin saya ada ramai adik beradik,tapi klu tiada anak siapa mau mendoakan kami nanti.*sedihnyaa*. Kan doa anak tu paling utama utk bekal di akhirat nanti. Tapi bila fikir balik,kan semuanya adalah ketentuan dariNya,kita sbg manusia hanya mampu berusaha dan berdoa. Mungkin buat masa ni kami belum ada rezeki lagi,manatau bln depan atau bln dpn lagi...tida pun mungkin tahun dpn.wallahualam.Buat masa skrg kami hanya mampu berdoa semoga dimurahkan rezeki kami utk mendapat anak di samping berusaha.So utk mereka yg ada anak,didik la anak2 dgn didikan agama.At least,anda semua beruntung sbb ada yg akan mendoakan nanti.

pssst > ada masa tertentu (slalu hjg mmgu/releks) aku akan bertanya dgn hubby bila kami akan mendapat anak dan slalunya sambil peluk kuat2 dia akan jwb "sabar,nanti ada la tu"

pssst > Al -fatihah utk Allahyarham pakcik Rizal Hadi Bin Hj Ismail.Semoga rohmu ditempatkan dlm kalangan org yg beriman.

pssst > ramai sangat yg ikut sembahyang jenazah kelmarin.mungkin berkat allahyarham ni mmg baik,ramai kwan dan suka hadir majlis n kuliah agama.yg dtg menziarah pun ramai,even bekas anak murid dr jauh pun dtg.

"We make a living by what we get, we make a life by what we give."
- Posted via Blogaway -

Monday 30 January 2012

Wahai hati




Pic from : google



Wahai hati tenang la

Wahai hati tabah la

Wahai hati kuat la

Wahai hati jangan la kau berkecil

Wahai hati maafkan la

Wahai hati hanya kau yg memahami




kenapa harus hanya aku yg perlu berkorban?!

Kenapa harus hanya aku yg perlu memahami?!




Ermmm...




mungkin krn




aku tidak punya apa-apa :'(




"Ya Allah ya tuhanku yg maha mendengar lagi maha mengetahui,hapuskanlah rasa kecil hati ini dari hatiku."

"We make a living by what we get, we make a life by what we give."
- Posted via Blogaway -

Sunday 29 January 2012

Takut untuk berblog...


Sebenarnya angan-angan utk berblog kembali since blog lama berkubur sdh ada sejak thn lalu.tapi entah la knpa tiap kli mau create blog msti rasa blank n x da mood.Tapi saya suka blogwalking tau.Byk blog yg dibaca dan byk juga pengetahuan yg dikumpul.Tapi bila blogwalking tu n tgk mcm2 ragam penulis blog kadang2 buat saya takut utk berblog kmbali.Takut kenapa? Ermmm,takut oleh byk sebab...

*takut nti apa yg ditulis membuat org sakit hati

*takut saya menyampaikan sesuatu yg tidak betul

*takut nanti ada yg sakit hati terasa

*takut tgk org maki hamun org lain atas tulisannya

*takut dgn bermacam2 sebab lgi lah

Tapi bila fikir balik,saya ambil kputusan utk berblog juga sbb mungkin di sini la saya dpt meluahkan dan berkongsi rasa hati saya (marah,sedih,gembira,etc) dgn org lain dan dgn adanya blog ini mungkin isinya sedikit sebanyak dpt memberikan pnduan dan manfaat kpd org lain.Blog ni juga boleh jadi cermin utk muhasabah diri dan buku rujukan utk diri sndiri as well as diary also.:-)

Klu tgk dkt facebook skrg pun rmai kan yg foward cerita-cerita ttg isu halal restoran atau mkanan,ttg kiamat,gossip artis,politik,gmbar bby kna buang,gmbr org putus tgn,accident dan cerita pelik.saya baca smua,tpi mau share tu tidak berani sbb takut menjadi salah sorang yg menyebarkan benda tidak btol + takut memenuhkan wall org lain.klu yg rasa dpt bagi manfaat bersama tu mmg akn saya share la.gmbar2 ngeri tu mmg akn di hide kan forever.klu cerita ttg produk halal tu,saya sanggup search di google n cari di laman web halalmalaysia tau.kalau cerita yg btol2 bt saya courius sgt tu mmg saya akan minta bantuan pkcik google juga utk carik kesahihannya.cerita teladan dan info2 menarik pun byk juga di fb,dari diri kita sja cmana mau nilai dan manfaatkannya.cuma kadang-kadang saya rimas bila ada org yg suka sgt foward bnda/gmbar yg bg saya x berfaedah,so saya ambik jln mudah dgn hide kan newsfeed dr mreka2 ni.*yg suka sgt memaki,menyindir dan mrah x tentu psl tu pun akn saya hide/unfriend :-P*

Konklusinya,jangan terima bulat2 apa yg dibaca.Lagi satu,peringatan terutamanya utk diri saya sndiri hati-hati dan berfikir sebelum menulis di blog sebelum berfikir(susah hati) atas penyesalan terhadap apa yg telah ditulis.

"We make a living by what we get, we make a life by what we give."
- Posted via Blogaway -

Friday 27 January 2012

Jangan pandang rendah dengan Pensel



Mungkin kamu pernah terbaca kisah tentang sebatang pensel,tapi mungkin juga tidak kan.So utk yg belum pernah terbaca sila baca smpai habis dan utk yg sudah pernah terbaca jom kita fkir kembali hidup kita dan ambil pengajaran drpnya.

Seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

Anak : Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa?

Ibu : Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.

Anak :  Apa yang istimewa tentang pensel ini?

Ibu : Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya.

Pertama,

Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua,

Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berheti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau pendorong untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga,

Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah.Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat,

Tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima,

Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat, pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

*cerita ni saya ambil dr mukabuku,tapi tiada dinyatakan sumbernya.harap maklum ;-)*

"We make a living by what we get, we make a life by what we give."
- Posted via Blogaway -

Begini Sayang!




Oh saya bukan mau tunjuk cara pkai tudung atau buat cake ya.tp sbnarnya 'Begini Sayang' merupakan tajuk sbuah buku.Buku ni saya jumpa di sebuah kedai buku masa ikut husband pegi outstation di Labuan tahun lepas*Punya jauh bli buku dkt labuan,mcm la di kk tiada kdai buku...errrk*Time tu kmi tgh boring smbil buang masa tggu perut lapar jdi round2 la bndar labuan. Masa tgk buku tu rasa mcm jatuh cinta pndang pertama pula sbb time tu terus ambil-baca sinopsis n curi2 bca isi dkt dlm sikit-terus kepit kuat2 then jln laju2 menuju ke kaunter cashier sbb takut org lain ambil.hihihihi.

Buku ni sangat berguna utk ibubapa bukan sja sebagai panduan utk mendidik anak malah boleh dijadikan medium utk menyemai taqwa dlm diri anak-anak.Budak2 skrg kan pintar. Seringkali akan keluar pertanyaan seperti ;

*Ayah,mcamana adik boleh ada dlm perut ibu?

*siapa yg ciptakan Allah,ayah?

*Ayah,kenapa kita perlu solat?

*Ibu,Allah ada di mana?

*Eh knapa orang mati tu masuk kubur,ibu?

*Ibu,mcmana adik ni mkn dlm perut ibu?*sambil usap perut ibu*

Haaa mcmana mau jwb?kadang2 pening juga kan.*Mcm yg slalu saya hadapi bila adik bongsu-azie tnya mcm2*.Klu salah jwb boleh terpesong mereka nti.jadi kita harus bijak msa mnjawab dgn memberikan fakta sebenar dan ceritakn sesuai dgn penerimaan mindanya. Msa kecil ni lah perasaan ingin tahu mereka meluap-luap smpai boleh terkeluar killer question dr mulut kecik mereka tu.

Saya amat tertarik bila penulis buku ni mnjawab pertanyaan anaknya tentang bintang. Penulis menerangkan bhwa bintang itu walau di mata kita nampak kecil,namun hakikatnya ia sangat besar,ada bermcm warna dan klu kita berada dkt dgnnya kita boleh terbakar krn ia panas.Bintang itu Allah yg ciptakan.klu Allah boleh jadikan bintang itu panas,Allah pasti boleh jdikan neraka yg lgi panas.jadi klu kita tgk langit dan bintang,kita kena ingat dgn Allah dan minta dijauhkan dr api neraka yg panas.-boleh nampakkan ada tarbiah di situ kan.

So buku ni boleh dijadikan panduan kpd kita dlm mentarbiah anak dan juga untuk tarbiah diri kita sndiri sbb kadang2 disebalik pertanyaan si kecil itu,tarbiah bukan hnya untuknya semata-mata tapi juga untuk ibubapa itu sndiri.Mungkin sekarang kami masih belum punya anak :-(...namun buku ini boleh diguna suatu hari nanti jika Allah murahkan rezeki kami utk memiliki zuriat sndiri dan bt masa skrg saya boleh jadikannya panduan utk mndidik dan mnjawab soalan dr adik2 dan anak buah yg masih kcil. :-). Buku ni sangat murah ya-RM 19.00(Sem M'sia) RM21.00 (Sabah/S'wak)-jika dibanding dgn isinya yg memberikan byk ilmu dan panduan utk kita.

"Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal dari kamu. Jika dia baik atau jahat,semuanya berkait dgn kamu. Kamu bertanggungjawab utk membesarkannya,mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya mnjadi anak yg taat. Kamu wajib melakukan sedemikian sehingga jika kamu berbuat baik kpdnya,kamu yakin kamu akan memdapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kpdnya,kamu akan mendapat seksaan..." Imam As-Sajjad ibn Hussain ibn Ali ibn Abi Talib.

"We make a living by what we get, we make a life by what we give."
- Posted via Blogaway -

Wednesday 25 January 2012

Ikhlas itu indah


Ok,lagi tentang hafalan shalat delisa.Movie ni benar2 memberi kesan kpd aku slps menontonnya.Ia membuatkn aku byk berfikir semasa dan selepas menontonnya.Juga membuatku mencari ikhlas dlm setiap perbuatanku. Mengajar aku untuk belajar menanam rasa sabar,ikhlas dan redha namun berjuang ketika diduga.Sungguh...ia amat memberi kesan terhadapku.

Hari ini pula,smasa sdg membelek-belek mukabuku aku terjumpa satu video yg di share oleh ustaz zahzahan yg mengingatkan tentang nikmat Islam dan iman yg Allah berikan.Syukur...masih ada yg cuba mengingatkn kita tentang nikmat yg tiada gantinya ini.

Boleh tgk video itu di sini  Nikmat yang tiada ganti 

"We make a living by what we get, we make a life by what we give."
- Posted via Blogaway -

Sunday 22 January 2012

Hafalan Shalat Delisa...*thumb up*


Cerita ni adalah adaptasi dr novel brtajuk "Tere Liye".Aku snggup google ok, mau dwnload novel tu lps tgk trailer movie ni,tp bca dua tiga helai sja sbb tidak phm-bahasa Indonesia kan.:-P. Msa tgk trailer pun sdh menangis.Punyalah excited and tida sabar menunggu, sbb di tayangkan d Indonesia sja masa tu.Nasib baikla astro baik hati bt tayangan.Fist time ok subscribe astro fisrt smata - mata mo tgk movie ni.lps tu,tgk ulang2 stiap siaran.hihihi.

Overall bagi 5 bintang la sbb movie ni best sangat and 10 kali tgk pun nda pndai bosan and tetap akan menangis. *Masa tgk ombak rindu yg org ckp sedih pun aku nda menangis*. Angah nangis tersedu sedan lgi. Dialognya sangat menyentuh hati and kita bole feel.Then movie ni simple tp sarat dgn pengajaran.

Satu babak yg bt aku berfikir bila ummi Delisa menangis msa Delisa ckp "Delisa cinta ummi krn Allah" dan sbb tu dia di bgi hadiah oleh ustaznya. Rupanya umminya gembira sbb Delisa mencintai dia dgn ikhlas.

Antra pngajaran yg boleh kita dpt dr movie ni ;

* jika Allah berikan ujian,Dia juga berikan kebaikan kpd kita cuma kdg2 kita x nmpak.-buktinya rmai yg syg Delisa slps dia khilangan kluarganya.

*belajar utk jdi ikhlas spy kita mudah utk melakukan setiap perkara dan hati jdi tenang.

*Don't take granted our life,sbb smuanya yg kita ada adalah pinjaman dariNya.especially our family.mcm Delisa skelip mata kakak2 dan umminya hilang.

*belajar solat dgn khusyuk.sbb bila khusyuk dlm solat kna gigit binatang berbisa pun x terasa.*mcm delisa yg khusyuk and tida pedulikan org lari bertempiaran walau tsunami melanda

*byk lgi la...msa tgk tu byk yg aku fikir.so anda smua pun harus tonton movie ni ok.

Spjg tgk movie ni mmg berlinangan air mata sja la.*kcuali msa awal2 movie tu mmg lucu la*. Siapa yg tida menangis tu mybe ada tiga sbb; 1) dia x khusyuk tgk 2) keras hati 3) sja tahan air mata pdhal dlm hti menangis juga.Part yg paling menyentuh aku rasa bila

*Delisa tgk kaki dia xda sblh,tpi dia msh mampu snyum sbb kaki yg satu lgi bole bergerak/guna

*Delisa nangis sbb dia rsa semua org yg dia syg tinggalkan dia.

*msa Delisa merajuk x mau mkn sbb msakan abinya x sdap.

*part dkt2 ending.korang tgk la sndri ok.

Sila lihat trailer movie ni di sini --> Trailer Movie Hafalan Shalat Delisa

"We make a living by what we get, we make a life by what we give."
- Posted via Blogaway -

Friday 13 January 2012

Peristiwa 901


Assalamualaikum...

Errr peristiwa 901 bukan ka DS Anwar Ibrahim disabitkan tidak bsalah men'tuut' Saiful?Yaaa mmg la...tp tu slh satunya.tapi kan 9.01.2011 tu birthday aku la.Actually aritu xda celebration atau aktiviti mkn2.Celebration ditunda ke hujung minggu :-D. Kitorang mkn dirumah saja sbb my mum msak special utk birthday girl ni hihihi.Oh ya,aritu aku cuti masak ok.Masuk pegi dapur tgk mkanan tehidang atas meja n my mum sdh siap msak.Oh tq mum.Hadiah birthday plg bermakna gitu. *berbunga2 ati*

Hari tu jgak aku dpt beribu -ribu(ceh perasan) msg birthday di fb n hp dr friends n family.Thanks to those yg remember.luve u all n appreciated it sgt2.Bkn hari tu sja,dua tiga ari lps tu pun msh jga dpt birthday msg.Aishhhh kembang lgi..rasa best n berbunga2 ati walaupun actually stiap wish birthday tu melambangkan ketuaan ku.*erkkk :-P*

Btw,Alhamdulillah sbb aku msh dibg kesempatan untuk bernafas di bumi milik tuhan ini dan meneruskan perjuangan sbg khalifah.Tiada hadiah yg lbh bermkna slain kehidupan bhagiaku skrg di smping suami n family terchinta.Syukur ya Allah! Oh ya,sal tnya apa azam tahun baru n birthday thn ni.Errr azam?! Byk sgt la klu mau dilistkan,tapiiii azam plg utama mau mengupgrade segala2nya.Sng crita mau jdi lbih baik dr sebelumnya baik dr segi kerjaya,sikap dan semuanya.Plg penting mau upgrade amalan.*kurangkan sikap malas*.Aku hrap azam tahun ni dipermudahkan la perlaksanaannya dan aku harap juga semua org berjaya mengupgradekan diri pada thn baru ni dan doa semua termakbul *terutama yg mendoakan aku cpt dpt bby tu :-D* Thank u semua,muahhhhh.

Psssst > Friends and families, love u all

Psssst > Org pertama yg wish adalah Encek Rahim.love u aby.Aisy pun wish juga tau(maci ika ajar tp blm lurus becakap).

"Life is a lesson, you’ll learn it when you’re through. We make a living by what we get, we make a life by what we give."

Posted via Blogaway

Sunday 8 January 2012

Budak dan kerepek

Assalamualaikum...


Hi,apa kbar semua?ermmm lama sdh plak nda update blog ni kan.Byk bnda sbnarnya mau di cerita,tp bila sdh menaip tu tiba2 jadi blank.so mood utk mengupdate tu hilang.


Ok mau ceritala kan,smlm kami adik beradik pegi dinner di pizza hut putatan.Actually krey mo blanja me n encek ryem dr minggu lps lgi tp nda kesampaian.Oleh krn rsa mkn sikit org tu nda best so bwa la semua org kluar mkn.tp mama n ayah nda mau join,mau dating bedua di rmh konon(skali ada pula drg paci usup dtg hihihi).then kbetulan rehan dtg pi rmh so ajak la join skali.lagi rmai lagi happening kan.10 org muat skali dlm alza ayah hihihi.nsib baik kmi smua cute2,so mmg muat la.Ok lps mkn singgah la maybank sbb mau bnk in duit byr kreta ayah.msa masuk tu tnmpak dua bdk stay dpn pintu and dpn drg ada bakul berisi kerepek.I thought drg tggu family,tapi baru tau rupanya drg jual kerepek tu lps tgk ada satu kakak pi membeli.Trus rasa sayu dlm hati.Then nda lama my turn pla utk bank in duit,tpi atas kejahilan diri sndri sbb nda prnh bnk in duit byr kreta so tpksa pi kreta balik n minta tlg encek adi takeover byr kan.Masa kluar dr bank tu bdk2 tu ckp"terima kasih kakak"smbil senyum lebar kegembiraan.Knapa drg ckp gitu?alaaa nda pyh la ksitau ar.Msa dlm kreta angah ckp bkali kali drg ucap syukur sbb dpt rezeki msa dia bli kerepek dr dorang.sayu lagi smbil tahan air mata :-( (rupanya angah smpat lgi interview drg di luar).


Alhamdulillah kami dilahirkan dlm family sederhana yg ckup mkn. and pkai.tpi drg??kesian kan kecik2 lgi tpksa cari rezeki smpai mlm utk sara family.Ok aku mmg sensitive hal2 mcm ni.Masa dlm kreta asyik terfikir psl bdk2 tu smbil tahan air mata.smpai rumah baru nangis puas2 time org nda nampak :-P Klu angah cerita psl anak murid dia yg susah pun aku akan sedih/nangis mcm tu.behari2 asyik tefikir ok.plg terkesan di hati aku bila angah cerita psl murid dia masa di tropicana dulu yg pegi skola pkai bju lusuh n kasut tekoyak besar.lagi sedih bila dia ckp bdk tu iras2 muka c adek.pnh juga aku nangis sbb terskodeng pekerja yg renovate rmh kami yg mkn nasi sama ikan sardin satu tin kecik tp di bagi2 sma rata utk 6-7 org.sgt sedih ok.bederai air mata aku di sebalik langsir tu.lps tu esoknya aku skodeng lagi and tgk drg mkn nasi sma ikan masin pulak.nasi byk tp ikannya seciput sorang.lgi aku sedih.then aku 'lapor' sma angah/mama n kmi spakat utk bg drg mkanan.uhhhh kalau la aku byk duit kan best...bole tlg org byk2(tp klu byk duit slalunya bnda lain pula difikir..shopping sja di kepala nanti..adeiii)


Ermmm aku masih lagi sedih tefikir bdk2 tadi tu.Aku doa smoga drg sntiasa di murahkan rezeki dan bjaya dlm pelajaran spy drg boleh ubah nasib drg nanti..Amiiin.


Published with Blogger-droid v2.0.2