Wednesday 9 October 2013

Kuih UFO

Saya pun tidak pasti nama kuih ni tapi pernah terbaca ada yang gelar kuih ni kuih tahi itik. Kuih ni hanya terdapat di Sandakan sahaja dan boleh dibeli di bakeri dan beberapa kedai yang menjual roti.Saya beli ni dekat kedai Bakeri Mee Ngar di Batu 8.Dekat kedai Jai Hoo di BDC pun ada juga.Saya tidak pastu lagi UFO dekat mana yang paling sedap tapi Kuih UFO yang saya beli tu kira ok juga rasanya.

Kuih ni bentuknya macam tart tapi rasa base dia tu lembut macam kek dan manis macam rasa pavlova.Inti yang kuning tu rasa kastard campur telur dan yang putih tu adalah cream.
Rupa kuih UFO ni ada 2 seperti gambar dekat bawah ni.So kalau jumpa kedua-dua bentuk ni kuih UFO la tu k

Tuesday 8 October 2013

Tips kulit glowing menggunakan illuminator

Assalamualaikum

Sebelum ni saya sudah bagi tips menjadikan muka kelihatan glowing dan flawless menggunakan Brush On Radiance kan.Ok tips kali ni khas bagi mereka yang suka menggunakan liquid foundation pula.

Ramai antara kita yang suka guna foundation untuk menutup cela dan kesan di muka kan.Tapi masalah bila menggunakan foundation ni kulit muka akan nampak macam matte dan ketara sangat la pakai makeup tebal.So untuk mendapatkan efect flawless dan natural boleh menggunakan Radiant Highlighter Skin Illuminator(Body Shop) atau Strobe Cream Hydrant Luminax(Mac). Boleh juga menggunakan brand lain.Cakap ja dgn salesgirl tu nak cari highlighter /illuminator.

Cara menggunakan produk ni lebih kurang sama dengan produk Brush On Radiance.Yang berkulit jenis berminyak kena apply sikit sahaja ya. Illuminator/highlighter ni kita boleh apply sebelum atau selepas menyapu foundation ke seluruh muka dengan sapuan di lebihkan di bahagian pipi,dagu dan dahi untuk tujuan highlight kan bahagian tu.Hasilnya kulit akan kelihatan flawless,radiant,glowing dan nampak sihat.

Kelebihan liquid illuminator/highlighter ni berbanding Brush On Radiance ialah ia mampu menyorokkan garis-garis halus kesan penuaan serta bintik hitam. Kebanyakkan produk ini juga mengandungi vitamin E yang mampu melembutkan dan menyihatkan kulit.

Tips makeup menjadikan muka glowing

Assalamualaikum

Amboi cik kak...nampak perkataan glowing trus cepat-cepat click post ni ye :-p. Perempuan mana yang tak nak kulit nampak cantik kan?.Alahh sama la kita tu hehehee. Actually saya tidak la hebat dan terror sangat bab makeup ni.Makeup pun yang basic je pun.Tapi sebab saya rasa benda ni bermanfaat dan boleh menggembirakan hati kita semua so apa lah salahnya kita share ilmu.Kan Sharing is caring (":")v

Ok produk yang saya nak introduce kali ni ialah Brush On Radiance (Body Shop). Brand lain pun ada juga so boleh pakai brand apa-apapun. Brush On Radiance ni rupa dia macam bedak sejuk yang biji-biji kecil tu. Boleh apply guna sponge lembut atau guna berus blusher di seluruh muka dan lebihkan sapuan pada pipi,dagu dan dahi.Produk ni bila kita apply dia akan bagi effect warna kulit macam apricot/pinkish gitu dan membuatkan kulit kita kelihatan flawless dan glowing.

Tapiiii...bagi mereka yang mempunyai kulit jenis oily atau berminyak disarankan guna nipis-nipiiiis sahaja ok sebab nanti kulit akan kelihatan lebih berminyak.Produk ni tidak boleh di sapu terlalu tebal tau sebab ia akan membuatkan muka kelihatan berminyak dan macam crystal ball/cermin sebab terlalu shining.

Saya selalu guna langkah mudah macam dekat bawah ni bila keluar jenjalan:
1)Sapu moisturiser/sun block di seluruh muka
2) Sapu compact powder(yg ada foundation)
3)Sapu blusher dekat pipi
4) Sapu nipis-nipis brush on radiance di seluruh muka dan highlight kan dekat pipi,dagu dan dahi.
*eyeliner dan eye shadow pepandai la nak sapu bila*

Fungsi produk ni lebih kurang macam highlighter dan shimmer yang boleh buat kulit nampak bersinar-sinar dari jauh.Selain tu ia kita boleh jugak guna produk ni dengan liquid foundation dan caranya sama macam atas ni.Tapi dah alang2 guna liquid baik guna liquid illuminator yg boleh di apply bersama foundation.lagi best kesannya.Oh ya harga produk ni around RM65-RM75 kot.Kira affordable dan berbaloi la kan.


Monday 23 September 2013

Andai kau punya rasa*macam lirik lagu*

Cukup-cukup la bertanya
"Bila kau mau punya anak?"

Soalan yang aku tiada jawapannya
Soalan yang hanya mampu
dijawab olehNya

Aku juga punya rasa
Aku juga tahu terasa

"Mungkin kau tidak mencuba"
"Mungkin sebab kau kurang di sini sana"

Yang aku tahu
Mungkin rezeki ku belum ada
dan mungkin belum tiba masanya

Atau mungkin aku harus pasrah seperti katanya
Agar ia datang menjelma

Yang aku pasti semua ada hikmahnya
doakan kami dikurnia rezeki dariNya
Ini mungkin ujian kami berdua
Untuk kami(suami isteri) belajar berusaha,tawakkal,pasrah dan redha.

xoxoxoxoxoxoxoxo
Wanita yg blm punya cahayamata
-------------------------------

*Eh tiba2 pula pandai berpuisi.Actually ini adalah luahan rasa sebab sudah tidak dapat menahan rasa.Sorry sebab korang kena baca ini.Ok,emosi sedikit terganggu since akhir2 ini di asak soalan yang sama.tambahan lagi melihat baby-baby comel di sini sana..Arghhhh ini membuatkan hatiku melonjak-lonjak.

Ok sudah puas meluah rasa?ok kita back to normal...jalani hidup seadanya tanpa putus asa.U can do it wanie!

pssst doakan kami punya rezeki untuk merasa jadi ibu dan bapa ya.thanks...Love u all...mmmuah

Sunday 22 September 2013

Wednesday 4 September 2013

Kenali Perbezaan BB,CC,DD Cream

Assalamualaikum

Mungkin ramai antara kita yang masih keliru perbezaan antara bb,cc dan dd cream.So here i dah print screen kan dari fliboard untuk u all semua fungsi dan perbezaan cream-cream tersebut.So lepas ni tapayah pening-pening mau pilih yang mana ok.

Happy reading guys!mmmuah <3 <3 <3
Source : Marie Clair (Flipboard)

Thursday 29 August 2013

Teman baik

Perut berangin
Kepala sakit
Badan rasa x selesa
Rasa mau demam
Ermmm semua simptom sudah ada
Jadiii...
"Teman baik"
Sila datang hari ini
Otherwise
Sila datang 9 bulan lepas ni :-D

Sunday 25 August 2013

Tips jimat duit supaya tidak beli baju baru

Assalamualaikum...

Straight to the point la ek...ok kalu ni saya mau share tips mengenai salah satu cara mau jimat duit bila rasa tiada baju bau mau dipakai ke majlis kawin atau open house atau apa2 majlis sekali pun.Caranya ialah dengan meng'upgrade'kan baju lama.

Bagaimana???!!! Alaaa senang sejjaaa...

1)Mula2 cari blouse/tunic lama yang plain
2)Kemudian pegi kedai menjual alat jahitan/manik dan borong la manik/beads yang besesuaian. Alaaa manik baru RM1.80 laaa.3 jenis manik n bunga2 kecil cost-nya tidak lebih dr RM 15 pun.
3)Lepas tu jahit la manik simple2 utk menaikkan seri baju tu. Kalau rasa leceh sangat jahit manik,beli saja lace bunga2 yg cantik.
4) Mix n match kan dengan pencil skirt atau skirt kembang payung ikut suka hati anda.
5)Then....tadaaaa!!!Bole sudah pegi rumah orang kawin /attend majlis dengan hati riang gembira dapat pakai baju lawa dan kelihatan comel serta paling penting dpt menyelamatkan poket dari kebocoran heheheeeee.


Monday 1 July 2013

Rasa ini

Rasa itu datang lagi
Rasa yang sudah lama tidak dialami
Rasa apa?!
Rasa mau muntah
......
Entah sejak bila, dewasa ini
Sejak umur melepasi 25an
Rasa itu mula datang
Bila fikiran jadi buntu
Bila hati jadi runsing
Bila banyak kerja belum settle
.......
Arghh
Sebenarnya mau cakap
Saya belum bersedia
Sebab semua serba tiba-tiba
Hari ni dapat call
Hari ni kena lapor diri
Hari ni juga kena mengajar
Hari ni juga tetiba bertukar title
Dari cikgu menjadi ustazah
Terkejut...tidak ready...blur
Semua ada
Tapi apakan daya
'Saya yang menurut perintah'
.......
Ok sudah settle luah perasaan
Ba mari la kita 'study' RPH & RPT
Buang segala duka lara dan stress menggila
Ayuh kuatkan semangat demi anak bangsa dan dompet tercinta :-D

pssst> tetiba pula pandai tulis ayat ala puisi.ntah betul puisi ntah tidak.Saya tension sebenarnya...

Ya Allah kuatkan semangatku utk esok dan hari seterusnya.

Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik terutama sekali guru2 saya dari tadika hingga universiti.Mudah-mudahan kalian semua akan diberkati selalu dan mendapat ganjaran berlipat ganda dari Allah.Terima kasih cikgu-cikgu!.Tanpa anda semua kami tidak akan menjadi 'kami' sekarang ini.

Oh ya,saya menjadi 'cikgu instant' beberapa bulan ni.Insyaallah ada masa nanti saya cerita ok.Btw,saya sangat2 terharu bila 'adik-adik' comel saya buat suprise tadi dengan 'salam-peluk kuat2-then wish "happy teachers day' dalam kelas.Sangat comel kamu semua tau!.Saaaayang semua.

Ok,nanti kita cerita panjang lagi k.Bye!

Monday 18 February 2013

Sabah Tea Garden

Assalamualaikum

Perjalanan pulang kami ke Kota Kinabalu dan Papar pada esok harinya (11.02.13) diiringi dengan cuaca mendung dan hujan sepanjang perjalanan dari Sandakan. Cuaca sangat sejuk masa tu dan terpaksa sekejap-sekejap off kan aircond dan pakai stokin sepanjang perjalanan. Dengan keadaan jalan di area beluran dan telupid yang berlubang lagi, memang menyukarkan perjalanan. Maka encek suami terpaksa drive dengan kelajuan siput heheheee. Tidakapa la,biar lambat asal selamat kan ;-). Tapiii punggung rasa kebas sangat, hidung pula jadi tersumbat dan kami akan berhenti di setiap kawasan pekan untuk merehatkan badan dan buang apa yang patut. 

Cuaca mendung yang mengiringi perjalanan balik dari Sandakan ke Kota Kinabalu~Papar



Semasa dalam perjalanan....sedang si suami sibuk men'drive' kereta dalam cuaca yang sejuk, si isteri pula sibuk meng'google' tempat best di area ranau yang belum dilawati. Akhirnya terjumpa juga si isteri dengan tempat best yang di suggest-kan oleh pakcik google. Tempat ni sebenarnya memang sudah lama ingin dilawati si isteri,tapi asyik telimpas/ter'miss' saja setiap kali pegi Ranau atau balik Sandakan. 

Haaaa ini lah tempatnya. Boleh lihat kan signboard tu.
Ya, tempat yang dimaksudkan tu ialah Ladang Teh Sabah. Orang-orang Sabah yang belum pegi Cameron Highland tu tidak payah la pegi jauh-jauh kalau mau tengok teh, di sini pun ada juga. Yang sudah pegi tu pun boleh pegi juga sebab pemandangan di sini pun sama hebat dengan Cameron Highland. Tiada bayaran  dikenakan untuk MASUK SAHAJA ke ladang teh ni, tapi sekiranya kamu mau melawat ke ladang teh dan pegang sendiri daun-daun teh serta mendengar penerangan dengan lebih lanjut bayaran RM12.00 dikenakan untuk seorang. Selain tu, terdapat juga pakej perkhidmatann lain yang boleh di semak di laman web Sabah Tea Garden untuk mereka yang ingin membuat lawatan sambil belajar ke sini. Oh ya, Sabah Tea Garden juga menyediakan kemudahan chalet dan kemudahan perkemahan untuk mereka yang ingin bermalam di kawasan  ladang teh ni tau. Semua kemudahan ni boleh di semak di laman web mereka.Oh ya lupa mau bagitau,ladang teh ni terletak berhampiran dengan kawasan Tagal. Alaaa kawasan ikan yang jinak-jinak tu. Lepas pegi ladang teh, boleh la singgah di tagal. Tapi jangan pegi masa hujan sebab kawasan tu akan ditutup bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Oleh kerana cuaca yang hujan ketika tu, kami ambil keputusan untuk singgah sekejap sahaja. Lagipun tidak tahan oh,sejuk sangat masa tu asyik mau terkucil saja. Di ladang ni kami sempat singgah ke bahagian front office yang menempatkan sebuah restoran tempat minum teh/lunch dan juga kedai menjual teh dan barangan cenderamata. Harga teh yang dijual di sini lebih murah sikit daripada harga teh yang dijual di kedai atau supermarket. Oh ya, front office ni terletak bersebelahan dengan kilang tempat memproses daun teh.

Front office Sabah Tea Garden. Ramai orang singgah masa ni.


Pemandangan di Ladang Teh Sabah. Yang hijau-hijau tu daun teh la tu. Gambar ni diambil  masa kami berhenti sekejap tepi jalan

Sejuk mata memandang kan. Eh bahagian belakang tu bukit ya, belum nampak gunung kinabalu dari sini lagi ;-)
Close up daun teh

Perjalanan dari signboard ladang teh ke front office ladang teh ini berjarak sejauh 600m. Permukaan jalannya berbatu-batu kecil(gravel) dan curam sedikit di kawasan tertentu dan  memerlukan pemanduan yang lebih berhati-hati sebab keadaan jalan tu kurang baik terutama masa hujan. Di bahagian sebelah kiri jalan kita boleh lihat pemandangan ladang teh yang luas dan teratur. Memang sejuk mata memandang. Sesiapa yang mau kurangkan rabun tu, boleh pegi sini ya.

Jalan masuk ke ladang teh. See...gravel masih kan. So extra carefull  ya naik sini


Perjalanan turun 

Kilang tempat memproses daun teh

Selesai melawat ladang teh, kami singgah di pekan Ranau untuk mengisi perut dan menunaikan solat. Perjalanan pulang diringi oleh kabus tebal terutama di kawasan kundasang. Saya memang suka kalau cuaca berkabus sebab boleh off aircond dan buka tingkap untuk hirup udara segar. Feeeling-feeling oversea gitu cakap keluar 'asap' dari mulut hehehehee. Kami sampai dengan selamatnya hari tu di Papar pada pukul 8.40 malam. Syukur Alhamdulillah. 
Jalan yang mula di tutupi kabus

Kabus yang semakin menebal

Agnes Keith House dan English Tea House & Restaurant Sandakan - Second Entry

Assalamualaikum

Ok jom kita sambung cerita percutian balik kampung haritu. Sebenarnya tujuan asal keluar ke bandar haritu ialah untuk hi tea di English Tea House & Restaurant (ETHR), then pegi bandar untuk shopping seafood. Tapi tersesat jalan pula terus ter'parking' di depan Agnes Keith House(AKH) yang berada bersebelahan dengan English Tea House & Restaurant. Oleh kerana sudah tersampai di sana kami pun beli la tiket untuk masuk ke AKH. Oh ya kedua-dua tempat ni berada di atas bukit dan terletak di Jalan Istana, Sandakan. 

Agnes Keith House ni sebenarnya ialah sebuah rumah lama kerajaan yang pernah dihuni oleh Agnes Keith, isteri kepada seorang pegawai British. Agnes Keith ni pernah menulis buku describe tentang Sabah tau. Kalau mau tau dengan lebih lanjut lagi tentang beliau boleh baca di sini. Pernah suatu ketika rumah ini tidak terurus dan menjadi sarang penagih dadah. Tapi selepas tu pihak Muzium Sabah telah mengambilalih dan menguruskan tempat ni dan mewartakannya sebagai salah satu tempat tinggalan sejarah di Sabah. Tiket masuk ke AKH berharga RM2.00 untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah pula tidak dikenakan bayaran. Rumah Agnes Keith ni dari luar nampak macam rumah biasa saja, tapi kalau masuk dalam rumah ni...pasti tenganga tau. Oh ya, sebelum masuk ke rumah ni kita dimestikan untuk buka kasut/selipar dan letakkan di rak yang disediakan. Jangan risau ok,kasut dan selipar tu tidak akan hilang. Gambar view dalam rumah ni boleh dilihat di blog ini.





Gerbang masuk ke rumah Agnes Keith.  Agnes Keith house dekat belakang tu saja.  Turun tangga sikit , sampai lah ke rumah tu.

Ini lah dia Rumah Agnes Keith. 


Selepas puas round-round di AKH baru laaaa kami perasan yang ETHR tu hanya bersebelahan dengan AKH tu. Memula tu mau cancel sudah hi tea di sana sebab telihat macam ada majlis kawin di restoran tu, tapi bila encik suami check rupanya majlis tu sudah selesai dan ada juga pelanggan lain minum di sana. Cuaca masa tu memang gelap dan mendung, sebaik saja kami meletakkan punggung ke atas kerusi hujan turun dengan lebatnya. Fuhhhh syukur la sempat masuk ke restoran tu, kalau tidak memang basah kuyup la.  Restoran ni boleh dimasukkan dalam list tempat untuk buat majlis 'garden wedding' sebab kawasan tamannya sangat cantik dan ke'Inggeris'an. Ala-ala macam taman di 'oversea'. Ada pokok Ru lagi(eh btul kaaa?) Di bahagian halaman restoran ni juga disediakan gazebo dan sesuai untuk pasangan atau keluarga yang mau kan privasi

Petang tu kami order set untuk dua orang sahaja dan memandangkan baru saja makan nasi sebelum keluar tu kami order set yang kira 'boleh habis' la yang mengandungi 2 biji scones dengan jem strawberry dan butter, 2 biji sandwich,4 biji custard tart , tea(me) and cappucino(for hubby). Set tu berharga RM28.00 sahaja, tapi bila di tambah dengan tax dan service charge total damage berjumlah RM40.00. Kira mahal juga la service charge dekat restaurant ni. Tapi puas hati juga sebab servis ok, scones dan custard tart tu pun boleh tahan sedap. 


Pemandangan dari dalam English Tea House & Restaurant.





Set 'boleh habis'

Berhadapan dengan ETHR ni terdapat sebuah 'tempat' untuk melihat view panorama bandar sandakan. Dari sini kita boleh lihat bangunan Genting Mas(tempat shopping groceries paling famous di Sandakan), Harbour Mall,hotel fourpoint dan macam-macam lagi lah. Lepas puas bercamwhore di sini kami pun meneruskan perjalanan ke bandar yang berada dekat bawah saja untuk shopping seafood. Oh ya, seafood di sandakan sangat murah ya berbanding dengan kota kinabalu especially udang dan ketam. So sesiapa yang pergi ke Sandakan tidak borong seafood memang rugi. Ok kita stop dulu sini ya, entry seterusnya saya akan cerita destinasi yang kami lawat dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu~Papar pula. Wassalam (" ; ")


Panorama bandar sandakan yang sempat di "capture" 

Wednesday 13 February 2013

Sakit kaki sebab masuk angin

Assalamualaikum dan halloooo semua. Best ka cuti?Mesti best kan,walaupun duduk di rumah saja.At least boleh luangkan masa bersama family tersayang.Bagi yang baru balik bercuti diucapkan selamat berehat,selamat unpack barang,selamat geledah barang shopping/souvenir dan paling penting selamat cuci baju bertimbun-timbun.heheheheee.

Eh kita postpone dulu cerita percutian balik kampung ah,kumpul gambar dan fikir ayat untuk mengarang dulu.Ok jom kita cerita pasal sakit kaki disebabkan angin sejuk pula.Masa kecik dulu kan saya seorang yang anti dengan selimut.Saya rasa majoriti budak-budak macam tu kot.Rasa sangat la tidak selesa bila tidur pakai selimut.Bila mama atau ayah pakaikan selimut masa tidur memang saya akan terbangun lepas tu ketepikan selimut bila dorang sudah keluar.Tapi dalam sebulan wajib ada aksi mengetuk bilik ayahmama untuk sesi urut kaki disebabkan rasa sakit dan ngilu dekat tulang dan muscle. Bahagian muscle dan tapak kaki yang sakit tu akan rasa sejuk tau. Habit tu berterusan sampai la hari pertama tinggal di hostel masa form 1, tetiba boleh pula terrrpakai selimut disebabkan rasa takut.Hahahaaa.Takut kenapa?Takut hantu,takut sebab bilik besaaaar sangat,takut sebab tidur ramai2 dengan orang yang baru dikenali dan mcm2 la yang difikirkan.Lucu pula bila ingat balik.Bila sudah pandai pakai selimut tu,baru perasan yang sakit kaki tu mula berkurang.Kira jarang la sudah sakit kaki,kalau ada pun time cuaca sejuk sangat waktu hujan saja.

Tapi kesan tidak memakai selimut time kecik tu saya rasa sampai sekarang tau. Badan mudah sangat rasa berangin dan perut mudah kembung oleh angin especially time cuaca sejuk,berangin atau tidur lupa pakai selimut. Selain tu,habit mandi lepas jam 7 masa belajar di U dulu dan minum minuman berais juga faktor penyumbang kot.

So mau tips untuk menghilangkan/mengurangkan sakit kaki tu? Heheheee mudah saja,firstly sila PAKAI SELIMUT ya ketika tidur.Bagi yang ada anak kecik(4 tahun ke atas) tu ajar/paksa la budak-budak tu pakai selimut ok.Kalau tidak dibiasakan,jangan complain bila tetiba jadi tukang urut kaki anak tengah malam.heheheee.Kalau rasa sangat tidak selesa pakai selimut,boleh la cari alternatif lain dengan MEMAKAI/PAKAIKAN STOKIN. Tapi kalau sakit kaki tu masih juga menyerang,sila la AMBIL MINYAK PANAS(minyak gamat,balm,etc) dan SAPU DI KAKI untuk melegakan rasa sakit. Selain tu,BALUT LAH KAKI DENGAN KAIN TEBAL supaya kaki tu jadi panas dan rasa sakit hilang dengan cepat secepat kilat.heheheee.

Eh panjang sudah entri ni,nanti kita sambung lagi ok dengan entri percutian balik kampung yang lepas.Ok bye.Wassalam ;-)

Sunday 10 February 2013

Agnes Keith House & English Tea House Sandakan

Assalamualaikum

Happy Chinese New Year dan happy holiday! Cuti ni kami suami isteri ambil kesempatan utk balik kampung encek suami di Sandakan Sabah sambil bercuti.So hari ni berkesempatan pergi ke dua tempat(bersebelahan saja) iaitu Agnes Keith House dan English Tea House & Restaurant.

Agnes Keith House sangat klasik dan cantik.Rumahnya besar tapi tidak banyak barang.Paling menarik,dalam rumah ni boleh jumpa telefon lama(warna hitam) mcm dalam wayang P Ramlee,peti ais zaman dulu2,baju kot zmn dulu,pemain piring hitam dan beberapa barang antik lama yang sudah pupus zaman sekarang. Sayangnya kita tidak boleh ambil gambar dalam rumah ni.So kalau mau tengok live,harus pergi sendiri.

Then kami ke English Tea House and Restaurant untuk hi-tea. Kitorang ambil tea set which consist 2 scone,sandwich,custard tart with complimentary tea dan coffee. Scone dan custard tart dekat sini boleh tahan sedap.Nasib baik la baru lepas makan nasi di rumah,kalau belum memang akan repeat order.heheheee.

Eh nanti kita sambung lagi ya.Penat la menaip.Tatap la dulu gambar sneak peak itu :-)

*saya pun x paham kenapa la tangan ke bahu hahaha*

Thursday 10 January 2013

Harus dielakkan ketika gastrik


Assalamualaikum

Hi,sihat ka semua hari ni? Mudah2an semua sihat walafiat saja hari ni. Esok hari jumaat,jadi mesti semua pun happy n rasa sihat saja mau bekerja kan. Ermmm bagi yang dilanda angin gastrik tu,meh saya bagi sket petua supaya dapat mengelakkan gastrik tu dari semakin menjadi-jadi a.k.a makin sakit. Tapi dimaklumkan awal-awal ya,ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan petua dari orang-orang terdekat. So mungkin ada petua yang tidak mujarab untuk kamu.

1. Elakkan meminum air sejuk ketika dilanda gastrik.Kalau tidak sakit boleh saja minum banyak mana pun. Sebab wap sejuk tu boleh menyebabkan angin tu makin menyesakkan perut dan boleh menyebabkan perut rasa senak,kurang selesa dan sukar untuk bernafas. Jadi apa mau buat ni? Ok, oleh kerana tidak boleh minum air sejuk,so minum la air suam atau air susu suam. Ada juga sesetengah yang bila minum susu makin senak perut,saya pun pernah rasa macam tu tau. Dari pengalaman saya,kalau minum susu yang berkrim memang mudah senak perut tapi kalau minum fresh milk(air) atau jenis tepung boleh kurangkan senak perut tu.

2. Makan madu dan air suam. Madu tu kalau boleh madu asli,lagi berkesan. Oh ya,kena pakai sudu plastik tau.(saya lupa sudah knapa msti pakai sudu plastik.Kalau ada yang tau boleh jelaskan diruang komen)

3. Elakkan makan makanan berminyak

4. Jangan mandi menggunakan air sejuk. Sebabnya sama macam minum air sejuk tadi,boleh menyebabkan kesenakan perut semakin menjadi-jadi.  Kalau gastrik makin menjadi-jadi boleh buat badan rasa lemas, sesak nafas dan pitam tau.

5. Makan habbatussauda a.k.a jintan hitam. Habbatussauda ni macam yang kita sedia maklum boleh membantu kesembuhan pelbagai penyakit(dgn izin Allah). Dari pengalaman saya memang berkurang sakit kalau makan ni sebab lepas makan tu memang badan akan mengeluarkan angin samada dari mulut atau dari bahagian bawah tu. :-)

Bagi yang senang masuk angin dalam badan,bahagian kaki harus dijaga sebab angin paling senang masuk dari bahagian kaki. So kalau rasa kaki sudah mula sejuk-sejuk tu pakai la stokin. Oh ya,bila gastrik melanda sebaiknya sapu minyak angin dekat bahagian perut dan kaki untuk melegakan kesenakan perut,buat perut rasa panas dan membuang angin dalam perut. Kadang-kadang gastrik ni disebabkan oleh angin juga tau. Ok itu saja petua yang dapat saya kongsikan dan seperti yang kita ketahui penyakit dan kesembuhan dari penyakit tu semua dengan izin Allah,so selain mengamalkan petua ni kita berdoa la juga minta kesembuhan. Hopefully,dapat ilmu ni sedikit sebanyak dapat membantu semua. Bye. :-)

psssst >>> Minyak gamat adalah antara minyak angin paling berkesan untuk melegakan gastrik. Minyak ni banyak kegunaannya dan ia juga dibacakan ayat Al quran untuk membantu kesembuhan. Tapi minyak ni tidak boleh dilangkah dan harus membaca selawat sebelum menyapukannya pada bahagian yang sakit.


- Posted via Blogaway -

Wednesday 9 January 2013

Happy Birthday!



Siapa yang birthday ni? Eh siapa ah? Heheheee tuan punya blog ni laaa. Ya,hari ni birthday saya yg ke 3 series. Alahai tua sudah kan. Btw, syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan utk bernafas dan menjalankan tugas sebagai khalifah di bumiNya ini. Alhamdulillah juga atas rezeki yang diberikanNya setakat ni. Sangat besar dan banyak nikmat yg diberikanNya kepada diri ini dan kita semua. Bila umur semakin meningkat ni,terasa makin banyak harus diperbetulkan dan ditingkatkan terutama sekali amalan dan tanggungjawab sebagai hambaNya. So utk birthday ni berharap menjadi titik permulaan bagi tahun ni untuk meningkatkan segala2nya dan mudah2an niat dan usaha ini dipermudahkan.

Birthday celebration setakat ni belum ada sebab hari ni rasa mau menghabiskan masa di rumah saja *malas besiap utk keluar*. Since hari ni encek suami tida bekerja so dia bawa juga keluar tapi saya yg teda mood. Then kami ambik keputusan utk postpone dulu celebration tu. Walaupun tida pegi mana-mana utk celebrate,tapi saya tetap happy sebab since semalam  lagi ramai sangat families and friends wish through whatsapp,sms dan fb. I felt more blessed and loved today and it s made my day! Ya,i have a great day today. Thank u guys and luv u all!

and saya dapat satu 'news' from my friend malam ni. Hopefully it will bring along a good things and rezeki to us. Aamiiin. Pray for me ya :-P




- Posted via Blogaway -

Tuesday 8 January 2013

Apa azam


Assalamualaikum

Actually mood 2-3 hari ni ke laut sikit.lari sket setting-nya.Maybe sebab masih lagi fikir banyak hal yg mengacau jiwa raga dan ke'busy'an yg melanda bila sedara dr Brunei dtg. Taula my mum tu,bila tetamu datang everything harus perfect dgn moto "Tetamu harus dimuliakan dan di layan baik2'.Ok,i understand mum!

Errmmm sudah 8 hari kita berada di tahun baru kan. Bila blogwalking masing2 sudah publish azam atau impian utk tahun ni. Saya?! Ok saya ada tanam azam dan wishlist juga tapi biar la simpan dalam hati saja sebab takut nanti list banyak2 lepas tu mood mo melaksanakan tu jatuh merundum.Ooooo i tasuka la mcm tu. Btw,hopefully azam kita semua utk tahun ni akan dapat dilaksanakan dgn jayanya.


- Posted via Blogaway -