Tuesday 8 October 2013

Tips kulit glowing menggunakan illuminator

Assalamualaikum

Sebelum ni saya sudah bagi tips menjadikan muka kelihatan glowing dan flawless menggunakan Brush On Radiance kan.Ok tips kali ni khas bagi mereka yang suka menggunakan liquid foundation pula.

Ramai antara kita yang suka guna foundation untuk menutup cela dan kesan di muka kan.Tapi masalah bila menggunakan foundation ni kulit muka akan nampak macam matte dan ketara sangat la pakai makeup tebal.So untuk mendapatkan efect flawless dan natural boleh menggunakan Radiant Highlighter Skin Illuminator(Body Shop) atau Strobe Cream Hydrant Luminax(Mac). Boleh juga menggunakan brand lain.Cakap ja dgn salesgirl tu nak cari highlighter /illuminator.

Cara menggunakan produk ni lebih kurang sama dengan produk Brush On Radiance.Yang berkulit jenis berminyak kena apply sikit sahaja ya. Illuminator/highlighter ni kita boleh apply sebelum atau selepas menyapu foundation ke seluruh muka dengan sapuan di lebihkan di bahagian pipi,dagu dan dahi untuk tujuan highlight kan bahagian tu.Hasilnya kulit akan kelihatan flawless,radiant,glowing dan nampak sihat.

Kelebihan liquid illuminator/highlighter ni berbanding Brush On Radiance ialah ia mampu menyorokkan garis-garis halus kesan penuaan serta bintik hitam. Kebanyakkan produk ini juga mengandungi vitamin E yang mampu melembutkan dan menyihatkan kulit.

No comments:

Post a Comment