Sunday 29 July 2012

Cerita ramadhan saya


Assalamualaikum

Hi semua,sihat ka hri ni?klu ada rsa mcm mau-mau x sihat tu,pi cepat2 minum air byk2 n bwak berehat. Esok mau puasa lagi kan.Rugi tau x dpt puasa dlm bulan ramadhan ni tanpa alasan.

Ok la hari ni mau cerita pasal perkara2 yang best2 time di hostel masa ramadhan saya dulu-dulu.

1) 1st time sambut ramadhan di hostel saya makan smbil menangis *cengeng kan i* sedih weiii sambut ramadhan tanpa family.tpi kejap ja lps tu hepi balik sbb ada roomate yang sangat baik.

2) Tiap tahun masa di hostel, saya akan bangun sahur 1st day puasa dan last day sblm cuti.Selain tu,seingat saya tida pernah walaupun tiap malam pesan sama roomate spy kasi bangun.Kalau di rumah wajib bangun ok walaupun bendera jepun tgh naik sbb mum marah x mkn sahur :-P.

3) Makanan time sahur yang paling saya ingat sampai sekarang ialah sosej masak berlada/sos. Kesedapannya tu masih saya igt smpi skrg.Makan dengan nasi panas lgi.Owhhh sangat sedap nyum nyumm.*tebayang*

4) Masa form 4 sudah pandai escape tarawikh klu penat dengan alasan mau turun pi masjid bawah tu sangat jauh.Kena naik turun tangga seribu lagi.*padahal banyaknya pahala tu*.Time form 5 solat tarawikh di surau school balik sbb ramai yg escape thn sblm tu dan bil rakaat dikurangkn kpd 8 shj.So lps tu bole la pgi prep.

5) Time form 4,masa puasa tiada prep malam.Jadi klu buku tetggal di class tepksala kau menapak p kelas lps dr masjid.

6) Malam terakhir sebelum balik kampung utk sambut raya selalunya teda prep konon ksi chance student packing barang,padahal peluang tu digunakan utk merayau bilik geng rapat utk melepak dan 'gossiping' sblm bermaafan esok hari.

Bila time di U sdh x rsa apa-apa sbb sdh biasa tiap tahun sambut ramadhan tmpat lain dan sepanjang 3 tahun di U,dua tahun roomate ikut saya sambut raya di rumah sbb x dpt balik terengganu.Time tu terfikir cmana kalau saya di tempat drg.Mesti sedih kan. Tapiiii tahun ni 1st time tau saya akan beraya di tempat orang. Huwaaaaa tidak pernah saya sambut syawal di tempat org ok. Tahun lalu turn di rmh saya,so kna la tolerate thn ni tmpt hubby plak lgipun my sist in law x plg thn ni,so nanti mom in law sunyi pula. Baru fikir pasal ni sudah rasa sedih,x tau la nti cmna. Harap2 rumah hubby di sandakan tidak 'banjir' oleh airmata saya nanti :-P


- Posted via Blogaway -

Thursday 26 July 2012

Tuesday 24 July 2012

Puasa segala-galanya



Assalamualaikum

Reminder utk saya dan juga utk kamu semua. Jom kita muhasabah diri.



Sebab...




- Bila kita mampu pakai baju kurung beli dr butik,ada yang hanya mampu pakai baju raya tahun tahun lalu

-Bila kita mampu beli kasut raya dua tiga pasang,ada yang hanya mampu pakai selipar jepun sahaja



dan...



-Bila kita mampu beli kuih dan juadah bermacam-macam ada yang hanya mampu makan nasi dengan garam dan lebih kasihan lagi ada yang masih berpuasa di bulan Syawal sebab tiada makanan :'(


- Posted via Blogaway -

Monday 23 July 2012

Meredakan senggugut


Assalamualaikum

Selamat berpuasa di hari ke3 ramadhan. Hari ni mau cerita pasal sakit senggugut pula. Tahu ka apa tu senggugut?Perempuan mestila tahu kan. Bagi yg tida tahu,senggugut tu dikenali sebagai kesakitan dan kekejangan sewaktu datang haid dlm kalangan wanita. Kebiasaanya kesakitan dan kekejangan tu di alami di bahagian ari2,pinggang dan juga peha. Memang sakit sangatla dan ada yg kata mcm sakit contraction mau beranak.Selain tu ada juga yg rsa sakit diiringi dgn rsa mual,muntah dan pening/sakit kepala. Punca?banyak faktor dan antaranya disebabkan hormon dan juga pemakanan.Tapi pada pendapat saya,angin dalam badan juga salah satu penyebab senggugut ni. Kenapa?Time wanita period memang senang sangat masuk angin dalam badan dan saya klu time2 tu memang stokin akan jadi teman setia sebab kalau saya sudah rasa kaki tu sejuk memang senang la mau kena senggugut. Angin dalam badan ni la kadang2 yg buat kita rasa sejuk,mau muntah dan sakit kepala serta badan rasa ngilu mcm dicucuk-cucuk.

Ok2 stop membebel pasal senggugut dan angin dlm badan,mari kita cerita pasal tips meredakan senggugut pula. Kebiasaanya saya akan minum air suam campur halia bila period dan elakkan makan panadol atau ubat tahan sakit*tidak baik utk kesihatan*. Halia tu saya tumbuk dan rendam dalam air panas dalam 5-10 minit,then tapis airnya dan campur dengan air biasa(bukan air sejuk) kemudian minumlah sambil berselawat. Insyaallah dengan izin Allah kesakitan tu akan reda dan beransur hilang. Halia tu agak2 sendiri la besar cmna,kalau rsa sakit sangat,badan banyak angin atau banyak darah beku keluar guna la banyak2 halia. Owh ya bagi yang tida tahan dengan rasa halia tu boleh letak madu atau gula  utk kasi sedap lagi rsa air tu.Pandai2 la modified ya :-P. Selain meredakan senggugut,ia juga berkesan utk melancarkan aliran darah haid*darah beku akan keluar dengan lancar tanpa sakit*. Tips ni juga bole diamalkan bagi yang selalu kembung perut,cepat rsa sejuk dan banyak angin dalam badan.

Antara tips lain yang boleh diamalkan dan selalu saya amalkan;

1) pakai stokin bagi yang cepat masuk angin

2) pakai selimut tebal dan beselimutlah smpai keluar peluh

3) sapu minyak panas.cth : tiger balm

4) jangan minum air sejuk(ada ais) atau minuman manis berais

Tips lain ada dalam web hanya utk Melati ya. Mudah-mudahan tips ini berguna dan dapat menghilangkan kesakitan. InsyaAllah.


- Posted via Blogaway -

Biskut Cornflakes Milo fresh dari dapur saya di tengah malam



Assalamualaikum

Masa ready2 mau tidur tadi saya godek-godek instagram dan tetiba tertengok pula orang post gambar biskut ni. Aishhh mmg menggugat keimanan tau.Terus tida boleh tidur sebab asyik teringat.Last2 pegi dapur then trus masak. Biskut ni cepat,senang dibuat dan of course sedap ya puan-puan.Ta payah bakar ok. Peminat tegar milo dan cornflakes sila buat resepi ini ya,sangaaaaat la senang. Ok ini resepinya;

Bahan-bahan ( 10 orang )

100 Gram Mentega

100 Gram Cornflakes

100 Gram Serbuk Milo

4 Sudu Makan Golden Syrup (madu)

Cara-cara

1. Cornflakes di hancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas

2. Masak mentega hingga cair di api yang sederhana

3. Sudah cair masukkan golden syrup (kacau hingga sebati)

4. Masukkan Milo (Kacau hingga sebati)

5. Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yg telah dihancurkan.

6. Bulatkan lah semasa masih panas dan masukkan ke dalam cup kertas yg kecik2 tu.

7. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi sedap)

Resepi ni saya cedok dr myresepi. Saya tida tunggu sejuk lagi,terus makan. Hehehee. Ok la mau teruskan makan biskut sedap ni, selamat mencuba! (^:^)v


- Posted via Blogaway -

Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan




Assalamualaikum

pssst : Bulan ramadhan bulan memperbanyakkan ibadah bukan bulan mempelbagaikan juadah. Membazir itu amalan syaitan,tapi bulan puasa syaitn semua di ikat. Jadi kalau membazir juga paham2 sendiri la kan :-)


- Posted via Blogaway -

Tuesday 3 July 2012

Gula-gula bendera





* Pic kredit to gogle *

Assalamualaikum

Sepa pernah makan gula-gula dalam bendera mcm atas ni angkat tangan cepat!.Kenapa nda angkat tangan tu?Tida pernah? Alalalaaa kesiannyaaaa. Kamu budak moden ba,skrang jarang sudah jual gula-gula ni tu la nda pernah.

Gula-gula ni favourite saya tau dulu time tadika.Bukan apa,sebab mau bendera tu ja. Heheheee.Tapi ada cerita lucu pasal gula-gula ni.Actually nda byk benda yang saya ingat pasal tadika selain kena berbaris sblm pulang,betanding susun main lego paling tinggi sama kawan dan tekunci dalam tandas. Selain tu,cerita pasal bendera ni juga slah satu yg paaaling saya ingat. Dulu time tadika saya paling la suka kalau lambat kena ambil time pulang.Kenapa?! Selain dari bole main puas2 sma kawan,bole juga curi2 keluar pegi kantin biru dkt luar sekolah.Satu ari lepas sekolah, saya sama member curi2 keluar pegi kantin biru masa cikgu sibuk buat kerja dalam tadika,kemudian;

Saya : (sambil tunjuk keropok udang) paci,yang ni berapa?

Paci kantin : 10 sen satu

Saya : (sambil ambil keropok tu dua bungkus) owhhhh.yang ini berapa?(sambil tunjuk gula-gula bendera)

Paci kantin : yang itu 20.

Saya : (kasi besar mata) haaaa 20?

Paci kantin : iya 20. Mau?

Saya : nda la paci. (dalam ati cakap " mahalnyaaa.nda cukup duit aku")

Kemudian kami pun pulang ke tadika dgn selamatnya.Esok hari,saya tgk ada satu kawan ni makan gula-gula bendera tu. Saya pun cakap dengan confident " mahal kan gula-gula ni...20 harga dia.nda jadi aku beli kemarin" then dia ketawa " eh 20 sen saja laaa.manada 20". Terus saya diam sebab menyesal nda beli 'kemarin' tu.hahahaaaaa.




- Posted via Blogaway -

Monday 2 July 2012

Hoiiiiiii




Kamu suka ka kalau orang panggil kamu mcm tu?Saya tida tahu la kamu, tapi saya tida suka la.Honestly saya tida suka kalau orang tulis dalam blog atau artikel yang panggil hoi hoi sma orang*kecuali dlm novel la*.Mcm kurang budi bahasa saya rasa*maaf cakap mcm ni*.Terasa mcm kasar sangat bunyinya kan. Sebab selalunya orang kasi hoi hoi ni kalau mau bawa begaduh atau marah. So mcmana klu perkataan "hoi" tu digantikan dengan perkataan yang lebih baik. Ok,itu kalau dalam penulisan,sama juga klu orang panggil atau becakap sma kita. Kalau dulu kami di ajar,kalau orang panggil macam tu jangan menyahut sebab dia teda mention nama so anggap ja bukan diri sendiri.*padan muka* So jom remind diri sendiri spya double check balik apa yg kita tulis sebelum tekan button "Publish" dan harus jadi bijaksana pilih ayat/perkataan yang kita mau cakap.

Ohhh ya,ramadhan is around the corner.lebih kurang 18 hari to go kan.Can't waittt. Eh,posa thn lepas sdh ganti belom?! Saya???! Tengah ganti la ni.heheheee.Ari Khamis(5.4.12) ni Nisfu syaaban tau. Jom posa!


- Posted via Blogaway -

Tips meredakan sakit pinggang



Anda slalu sakit belakang?susah mau rukuk time sembahyang?Jom saya bagi tips penawarnya.

1) 1st,kita buat perbandingan dulu.Mula2 bongkokkan badan dan halakan tangan ke bawah spt gambar di atas. Cuba perhatikan tangan kamu boleh bongkokkan badan smpai aras mana.

2) Kemudian,nganga(buka sedikit) mulut dan halakan lidah ke arah lelangit.Cantumkan setiap hujung jari kamu dan buat pusingan setiap pasangan jari sebanyak 11 kali bermula dari ibu jari sehingga telunjuk.

4) Bongkokkan kembali badan dan lihat sma ada kamu boleh capai tangan melebihi aras pertama tadi atau tidak.

Senaman ini sangat baik dilakukan pada waktu pagi sebelum subuh dan setelah duduk terlalu lama.

pssst : dpt tips ni dr rancangan strong heart #393. kalau berkesan bagitau ya.

pssst : entry baju kawin tpksa di hold kan dulu ya sbb laptop saya sedang "outstation"

- Posted via Blogaway -


- Posted via Blogaway -