Monday 18 February 2013

Sabah Tea Garden

Assalamualaikum

Perjalanan pulang kami ke Kota Kinabalu dan Papar pada esok harinya (11.02.13) diiringi dengan cuaca mendung dan hujan sepanjang perjalanan dari Sandakan. Cuaca sangat sejuk masa tu dan terpaksa sekejap-sekejap off kan aircond dan pakai stokin sepanjang perjalanan. Dengan keadaan jalan di area beluran dan telupid yang berlubang lagi, memang menyukarkan perjalanan. Maka encek suami terpaksa drive dengan kelajuan siput heheheee. Tidakapa la,biar lambat asal selamat kan ;-). Tapiii punggung rasa kebas sangat, hidung pula jadi tersumbat dan kami akan berhenti di setiap kawasan pekan untuk merehatkan badan dan buang apa yang patut. 

Cuaca mendung yang mengiringi perjalanan balik dari Sandakan ke Kota Kinabalu~Papar



Semasa dalam perjalanan....sedang si suami sibuk men'drive' kereta dalam cuaca yang sejuk, si isteri pula sibuk meng'google' tempat best di area ranau yang belum dilawati. Akhirnya terjumpa juga si isteri dengan tempat best yang di suggest-kan oleh pakcik google. Tempat ni sebenarnya memang sudah lama ingin dilawati si isteri,tapi asyik telimpas/ter'miss' saja setiap kali pegi Ranau atau balik Sandakan. 

Haaaa ini lah tempatnya. Boleh lihat kan signboard tu.
Ya, tempat yang dimaksudkan tu ialah Ladang Teh Sabah. Orang-orang Sabah yang belum pegi Cameron Highland tu tidak payah la pegi jauh-jauh kalau mau tengok teh, di sini pun ada juga. Yang sudah pegi tu pun boleh pegi juga sebab pemandangan di sini pun sama hebat dengan Cameron Highland. Tiada bayaran  dikenakan untuk MASUK SAHAJA ke ladang teh ni, tapi sekiranya kamu mau melawat ke ladang teh dan pegang sendiri daun-daun teh serta mendengar penerangan dengan lebih lanjut bayaran RM12.00 dikenakan untuk seorang. Selain tu, terdapat juga pakej perkhidmatann lain yang boleh di semak di laman web Sabah Tea Garden untuk mereka yang ingin membuat lawatan sambil belajar ke sini. Oh ya, Sabah Tea Garden juga menyediakan kemudahan chalet dan kemudahan perkemahan untuk mereka yang ingin bermalam di kawasan  ladang teh ni tau. Semua kemudahan ni boleh di semak di laman web mereka.Oh ya lupa mau bagitau,ladang teh ni terletak berhampiran dengan kawasan Tagal. Alaaa kawasan ikan yang jinak-jinak tu. Lepas pegi ladang teh, boleh la singgah di tagal. Tapi jangan pegi masa hujan sebab kawasan tu akan ditutup bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Oleh kerana cuaca yang hujan ketika tu, kami ambil keputusan untuk singgah sekejap sahaja. Lagipun tidak tahan oh,sejuk sangat masa tu asyik mau terkucil saja. Di ladang ni kami sempat singgah ke bahagian front office yang menempatkan sebuah restoran tempat minum teh/lunch dan juga kedai menjual teh dan barangan cenderamata. Harga teh yang dijual di sini lebih murah sikit daripada harga teh yang dijual di kedai atau supermarket. Oh ya, front office ni terletak bersebelahan dengan kilang tempat memproses daun teh.

Front office Sabah Tea Garden. Ramai orang singgah masa ni.


Pemandangan di Ladang Teh Sabah. Yang hijau-hijau tu daun teh la tu. Gambar ni diambil  masa kami berhenti sekejap tepi jalan

Sejuk mata memandang kan. Eh bahagian belakang tu bukit ya, belum nampak gunung kinabalu dari sini lagi ;-)
Close up daun teh

Perjalanan dari signboard ladang teh ke front office ladang teh ini berjarak sejauh 600m. Permukaan jalannya berbatu-batu kecil(gravel) dan curam sedikit di kawasan tertentu dan  memerlukan pemanduan yang lebih berhati-hati sebab keadaan jalan tu kurang baik terutama masa hujan. Di bahagian sebelah kiri jalan kita boleh lihat pemandangan ladang teh yang luas dan teratur. Memang sejuk mata memandang. Sesiapa yang mau kurangkan rabun tu, boleh pegi sini ya.

Jalan masuk ke ladang teh. See...gravel masih kan. So extra carefull  ya naik sini


Perjalanan turun 

Kilang tempat memproses daun teh

Selesai melawat ladang teh, kami singgah di pekan Ranau untuk mengisi perut dan menunaikan solat. Perjalanan pulang diringi oleh kabus tebal terutama di kawasan kundasang. Saya memang suka kalau cuaca berkabus sebab boleh off aircond dan buka tingkap untuk hirup udara segar. Feeeling-feeling oversea gitu cakap keluar 'asap' dari mulut hehehehee. Kami sampai dengan selamatnya hari tu di Papar pada pukul 8.40 malam. Syukur Alhamdulillah. 
Jalan yang mula di tutupi kabus

Kabus yang semakin menebal

Agnes Keith House dan English Tea House & Restaurant Sandakan - Second Entry

Assalamualaikum

Ok jom kita sambung cerita percutian balik kampung haritu. Sebenarnya tujuan asal keluar ke bandar haritu ialah untuk hi tea di English Tea House & Restaurant (ETHR), then pegi bandar untuk shopping seafood. Tapi tersesat jalan pula terus ter'parking' di depan Agnes Keith House(AKH) yang berada bersebelahan dengan English Tea House & Restaurant. Oleh kerana sudah tersampai di sana kami pun beli la tiket untuk masuk ke AKH. Oh ya kedua-dua tempat ni berada di atas bukit dan terletak di Jalan Istana, Sandakan. 

Agnes Keith House ni sebenarnya ialah sebuah rumah lama kerajaan yang pernah dihuni oleh Agnes Keith, isteri kepada seorang pegawai British. Agnes Keith ni pernah menulis buku describe tentang Sabah tau. Kalau mau tau dengan lebih lanjut lagi tentang beliau boleh baca di sini. Pernah suatu ketika rumah ini tidak terurus dan menjadi sarang penagih dadah. Tapi selepas tu pihak Muzium Sabah telah mengambilalih dan menguruskan tempat ni dan mewartakannya sebagai salah satu tempat tinggalan sejarah di Sabah. Tiket masuk ke AKH berharga RM2.00 untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah pula tidak dikenakan bayaran. Rumah Agnes Keith ni dari luar nampak macam rumah biasa saja, tapi kalau masuk dalam rumah ni...pasti tenganga tau. Oh ya, sebelum masuk ke rumah ni kita dimestikan untuk buka kasut/selipar dan letakkan di rak yang disediakan. Jangan risau ok,kasut dan selipar tu tidak akan hilang. Gambar view dalam rumah ni boleh dilihat di blog ini.





Gerbang masuk ke rumah Agnes Keith.  Agnes Keith house dekat belakang tu saja.  Turun tangga sikit , sampai lah ke rumah tu.

Ini lah dia Rumah Agnes Keith. 


Selepas puas round-round di AKH baru laaaa kami perasan yang ETHR tu hanya bersebelahan dengan AKH tu. Memula tu mau cancel sudah hi tea di sana sebab telihat macam ada majlis kawin di restoran tu, tapi bila encik suami check rupanya majlis tu sudah selesai dan ada juga pelanggan lain minum di sana. Cuaca masa tu memang gelap dan mendung, sebaik saja kami meletakkan punggung ke atas kerusi hujan turun dengan lebatnya. Fuhhhh syukur la sempat masuk ke restoran tu, kalau tidak memang basah kuyup la.  Restoran ni boleh dimasukkan dalam list tempat untuk buat majlis 'garden wedding' sebab kawasan tamannya sangat cantik dan ke'Inggeris'an. Ala-ala macam taman di 'oversea'. Ada pokok Ru lagi(eh btul kaaa?) Di bahagian halaman restoran ni juga disediakan gazebo dan sesuai untuk pasangan atau keluarga yang mau kan privasi

Petang tu kami order set untuk dua orang sahaja dan memandangkan baru saja makan nasi sebelum keluar tu kami order set yang kira 'boleh habis' la yang mengandungi 2 biji scones dengan jem strawberry dan butter, 2 biji sandwich,4 biji custard tart , tea(me) and cappucino(for hubby). Set tu berharga RM28.00 sahaja, tapi bila di tambah dengan tax dan service charge total damage berjumlah RM40.00. Kira mahal juga la service charge dekat restaurant ni. Tapi puas hati juga sebab servis ok, scones dan custard tart tu pun boleh tahan sedap. 


Pemandangan dari dalam English Tea House & Restaurant.





Set 'boleh habis'

Berhadapan dengan ETHR ni terdapat sebuah 'tempat' untuk melihat view panorama bandar sandakan. Dari sini kita boleh lihat bangunan Genting Mas(tempat shopping groceries paling famous di Sandakan), Harbour Mall,hotel fourpoint dan macam-macam lagi lah. Lepas puas bercamwhore di sini kami pun meneruskan perjalanan ke bandar yang berada dekat bawah saja untuk shopping seafood. Oh ya, seafood di sandakan sangat murah ya berbanding dengan kota kinabalu especially udang dan ketam. So sesiapa yang pergi ke Sandakan tidak borong seafood memang rugi. Ok kita stop dulu sini ya, entry seterusnya saya akan cerita destinasi yang kami lawat dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu~Papar pula. Wassalam (" ; ")


Panorama bandar sandakan yang sempat di "capture" 

Wednesday 13 February 2013

Sakit kaki sebab masuk angin

Assalamualaikum dan halloooo semua. Best ka cuti?Mesti best kan,walaupun duduk di rumah saja.At least boleh luangkan masa bersama family tersayang.Bagi yang baru balik bercuti diucapkan selamat berehat,selamat unpack barang,selamat geledah barang shopping/souvenir dan paling penting selamat cuci baju bertimbun-timbun.heheheheee.

Eh kita postpone dulu cerita percutian balik kampung ah,kumpul gambar dan fikir ayat untuk mengarang dulu.Ok jom kita cerita pasal sakit kaki disebabkan angin sejuk pula.Masa kecik dulu kan saya seorang yang anti dengan selimut.Saya rasa majoriti budak-budak macam tu kot.Rasa sangat la tidak selesa bila tidur pakai selimut.Bila mama atau ayah pakaikan selimut masa tidur memang saya akan terbangun lepas tu ketepikan selimut bila dorang sudah keluar.Tapi dalam sebulan wajib ada aksi mengetuk bilik ayahmama untuk sesi urut kaki disebabkan rasa sakit dan ngilu dekat tulang dan muscle. Bahagian muscle dan tapak kaki yang sakit tu akan rasa sejuk tau. Habit tu berterusan sampai la hari pertama tinggal di hostel masa form 1, tetiba boleh pula terrrpakai selimut disebabkan rasa takut.Hahahaaa.Takut kenapa?Takut hantu,takut sebab bilik besaaaar sangat,takut sebab tidur ramai2 dengan orang yang baru dikenali dan mcm2 la yang difikirkan.Lucu pula bila ingat balik.Bila sudah pandai pakai selimut tu,baru perasan yang sakit kaki tu mula berkurang.Kira jarang la sudah sakit kaki,kalau ada pun time cuaca sejuk sangat waktu hujan saja.

Tapi kesan tidak memakai selimut time kecik tu saya rasa sampai sekarang tau. Badan mudah sangat rasa berangin dan perut mudah kembung oleh angin especially time cuaca sejuk,berangin atau tidur lupa pakai selimut. Selain tu,habit mandi lepas jam 7 masa belajar di U dulu dan minum minuman berais juga faktor penyumbang kot.

So mau tips untuk menghilangkan/mengurangkan sakit kaki tu? Heheheee mudah saja,firstly sila PAKAI SELIMUT ya ketika tidur.Bagi yang ada anak kecik(4 tahun ke atas) tu ajar/paksa la budak-budak tu pakai selimut ok.Kalau tidak dibiasakan,jangan complain bila tetiba jadi tukang urut kaki anak tengah malam.heheheee.Kalau rasa sangat tidak selesa pakai selimut,boleh la cari alternatif lain dengan MEMAKAI/PAKAIKAN STOKIN. Tapi kalau sakit kaki tu masih juga menyerang,sila la AMBIL MINYAK PANAS(minyak gamat,balm,etc) dan SAPU DI KAKI untuk melegakan rasa sakit. Selain tu,BALUT LAH KAKI DENGAN KAIN TEBAL supaya kaki tu jadi panas dan rasa sakit hilang dengan cepat secepat kilat.heheheee.

Eh panjang sudah entri ni,nanti kita sambung lagi ok dengan entri percutian balik kampung yang lepas.Ok bye.Wassalam ;-)

Sunday 10 February 2013

Agnes Keith House & English Tea House Sandakan

Assalamualaikum

Happy Chinese New Year dan happy holiday! Cuti ni kami suami isteri ambil kesempatan utk balik kampung encek suami di Sandakan Sabah sambil bercuti.So hari ni berkesempatan pergi ke dua tempat(bersebelahan saja) iaitu Agnes Keith House dan English Tea House & Restaurant.

Agnes Keith House sangat klasik dan cantik.Rumahnya besar tapi tidak banyak barang.Paling menarik,dalam rumah ni boleh jumpa telefon lama(warna hitam) mcm dalam wayang P Ramlee,peti ais zaman dulu2,baju kot zmn dulu,pemain piring hitam dan beberapa barang antik lama yang sudah pupus zaman sekarang. Sayangnya kita tidak boleh ambil gambar dalam rumah ni.So kalau mau tengok live,harus pergi sendiri.

Then kami ke English Tea House and Restaurant untuk hi-tea. Kitorang ambil tea set which consist 2 scone,sandwich,custard tart with complimentary tea dan coffee. Scone dan custard tart dekat sini boleh tahan sedap.Nasib baik la baru lepas makan nasi di rumah,kalau belum memang akan repeat order.heheheee.

Eh nanti kita sambung lagi ya.Penat la menaip.Tatap la dulu gambar sneak peak itu :-)

*saya pun x paham kenapa la tangan ke bahu hahaha*