Showing posts with label None. Show all posts
Showing posts with label None. Show all posts
Thursday, 10 January 2013
Harus dielakkan ketika gastrik
Assalamualaikum
Hi,sihat ka semua hari ni? Mudah2an semua sihat walafiat saja hari ni. Esok hari jumaat,jadi mesti semua pun happy n rasa sihat saja mau bekerja kan. Ermmm bagi yang dilanda angin gastrik tu,meh saya bagi sket petua supaya dapat mengelakkan gastrik tu dari semakin menjadi-jadi a.k.a makin sakit. Tapi dimaklumkan awal-awal ya,ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan petua dari orang-orang terdekat. So mungkin ada petua yang tidak mujarab untuk kamu.
1. Elakkan meminum air sejuk ketika dilanda gastrik.Kalau tidak sakit boleh saja minum banyak mana pun. Sebab wap sejuk tu boleh menyebabkan angin tu makin menyesakkan perut dan boleh menyebabkan perut rasa senak,kurang selesa dan sukar untuk bernafas. Jadi apa mau buat ni? Ok, oleh kerana tidak boleh minum air sejuk,so minum la air suam atau air susu suam. Ada juga sesetengah yang bila minum susu makin senak perut,saya pun pernah rasa macam tu tau. Dari pengalaman saya,kalau minum susu yang berkrim memang mudah senak perut tapi kalau minum fresh milk(air) atau jenis tepung boleh kurangkan senak perut tu.
2. Makan madu dan air suam. Madu tu kalau boleh madu asli,lagi berkesan. Oh ya,kena pakai sudu plastik tau.(saya lupa sudah knapa msti pakai sudu plastik.Kalau ada yang tau boleh jelaskan diruang komen)
3. Elakkan makan makanan berminyak
4. Jangan mandi menggunakan air sejuk. Sebabnya sama macam minum air sejuk tadi,boleh menyebabkan kesenakan perut semakin menjadi-jadi. Kalau gastrik makin menjadi-jadi boleh buat badan rasa lemas, sesak nafas dan pitam tau.
5. Makan habbatussauda a.k.a jintan hitam. Habbatussauda ni macam yang kita sedia maklum boleh membantu kesembuhan pelbagai penyakit(dgn izin Allah). Dari pengalaman saya memang berkurang sakit kalau makan ni sebab lepas makan tu memang badan akan mengeluarkan angin samada dari mulut atau dari bahagian bawah tu. :-)
Bagi yang senang masuk angin dalam badan,bahagian kaki harus dijaga sebab angin paling senang masuk dari bahagian kaki. So kalau rasa kaki sudah mula sejuk-sejuk tu pakai la stokin. Oh ya,bila gastrik melanda sebaiknya sapu minyak angin dekat bahagian perut dan kaki untuk melegakan kesenakan perut,buat perut rasa panas dan membuang angin dalam perut. Kadang-kadang gastrik ni disebabkan oleh angin juga tau. Ok itu saja petua yang dapat saya kongsikan dan seperti yang kita ketahui penyakit dan kesembuhan dari penyakit tu semua dengan izin Allah,so selain mengamalkan petua ni kita berdoa la juga minta kesembuhan. Hopefully,dapat ilmu ni sedikit sebanyak dapat membantu semua. Bye. :-)
psssst >>> Minyak gamat adalah antara minyak angin paling berkesan untuk melegakan gastrik. Minyak ni banyak kegunaannya dan ia juga dibacakan ayat Al quran untuk membantu kesembuhan. Tapi minyak ni tidak boleh dilangkah dan harus membaca selawat sebelum menyapukannya pada bahagian yang sakit.
- Posted via Blogaway -
Wednesday, 9 January 2013
Happy Birthday!

Siapa yang birthday ni? Eh siapa ah? Heheheee tuan punya blog ni laaa. Ya,hari ni birthday saya yg ke 3 series. Alahai tua sudah kan. Btw, syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan utk bernafas dan menjalankan tugas sebagai khalifah di bumiNya ini. Alhamdulillah juga atas rezeki yang diberikanNya setakat ni. Sangat besar dan banyak nikmat yg diberikanNya kepada diri ini dan kita semua. Bila umur semakin meningkat ni,terasa makin banyak harus diperbetulkan dan ditingkatkan terutama sekali amalan dan tanggungjawab sebagai hambaNya. So utk birthday ni berharap menjadi titik permulaan bagi tahun ni untuk meningkatkan segala2nya dan mudah2an niat dan usaha ini dipermudahkan.
Birthday celebration setakat ni belum ada sebab hari ni rasa mau menghabiskan masa di rumah saja *malas besiap utk keluar*. Since hari ni encek suami tida bekerja so dia bawa juga keluar tapi saya yg teda mood. Then kami ambik keputusan utk postpone dulu celebration tu. Walaupun tida pegi mana-mana utk celebrate,tapi saya tetap happy sebab since semalam lagi ramai sangat families and friends wish through whatsapp,sms dan fb. I felt more blessed and loved today and it s made my day! Ya,i have a great day today. Thank u guys and luv u all!
and saya dapat satu 'news' from my friend malam ni. Hopefully it will bring along a good things and rezeki to us. Aamiiin. Pray for me ya :-P
- Posted via Blogaway -
Tuesday, 8 January 2013
Apa azam
Assalamualaikum
Actually mood 2-3 hari ni ke laut sikit.lari sket setting-nya.Maybe sebab masih lagi fikir banyak hal yg mengacau jiwa raga dan ke'busy'an yg melanda bila sedara dr Brunei dtg. Taula my mum tu,bila tetamu datang everything harus perfect dgn moto "Tetamu harus dimuliakan dan di layan baik2'.Ok,i understand mum!
Errmmm sudah 8 hari kita berada di tahun baru kan. Bila blogwalking masing2 sudah publish azam atau impian utk tahun ni. Saya?! Ok saya ada tanam azam dan wishlist juga tapi biar la simpan dalam hati saja sebab takut nanti list banyak2 lepas tu mood mo melaksanakan tu jatuh merundum.Ooooo i tasuka la mcm tu. Btw,hopefully azam kita semua utk tahun ni akan dapat dilaksanakan dgn jayanya.
- Posted via Blogaway -
Sunday, 30 December 2012
Penutupan 2012
Assalamualaikum
Ermmm mo crita apa ah?Blank sbab banyak sangat benda yg difikir dan mo diceritakan. Bulan-bulan penutup 2012 ni penuh dengan cerita suka dan duka yg silih berganti. Ada aktiviti percutian bersama family di Melaka-KL, kemudian di Kundasang-Ranau serta disulami dengan kehilangan dua ahli keluarga terdekat. Belum lagi cerita pasal mengubat 'penyakit'. Semua ni sedikit sebanyak mengganggu mood dan plan yang telah dirancang utk tahun depan.
Walaubagaimanapun, hopefully tahun 2013 yang tinggal hanya 1 hari lagi bakal menjelma ni bakal diiisi penuh dengan 'cerita' yang membawa kebahagiaan dan keberkatan di dunia dan juga akhirat...diharapkan juga mood 2013 memberi perubahan kpd kita semua agar dapat meningkatkan amalan dan keimanan kepadaNya...juga berharap 2013 bakal membawa lebih rezeki kepada kami sekeluarga juga kita semua la. Oh ya tidak lupa,azam yang sentiasa direnew setiap tahun iaitu semoga hubungan erat dan aman damai kami suami isteri ini akan berkekalan smpai jannah dan berharap tahun depan dapat baby yg bakal mewarnai rumahtangga kami. Ok itu ja mau cerita.Daaaa
- Posted via Blogaway -
Wednesday, 12 December 2012
Dapat baby

Pic : Google
Semalam entah macamana tetiba mimpi dapat dukung n main dgn baby sendiri.Baby girl lagi tu.Sangat comel n ada iras muka saya.Umur dia sebaya aisy(lbh krg 2 thn).Yang saya ingat baby tu pakai gaun n ada reben besar dkt kepala. Mmg sangat happy la time tu kami(me n hubby) sebab dpt main dgn anak sndri.Tapi dalam mimpi bole pulak ckp dalam hati"bila masa pula kami ada anak ni?" heheheee.Tapi sbb baby tu cute sangat trus buat2 lupa.:-D Bila bangun terus tengok sebelah n yg ada hanya 'baby besar' saya - _ - . Maybe sebab 2-3 hari asyik study pasal TTC sbb tu la dpt mimpi mcm tu. Btw, hopefully la mimpi itu akan jadi kenyataan nanti.Really can't wait to smell 'bau syurga'baby. <3 <3 <3 it so much
- Posted via Blogaway -
Tuesday, 20 November 2012
Petua Mudah Untuk Kulit Kusam

- Selain dari petua ni,boleh juga gunakan madu yang dicampur dengan putih telur utk menghilangkan kulit kusam.Bukan sahaja kulit kusam hilang,kulit kita juga jadi lembut,lembab dan juga licin.Saya sudah cuba petua2 ni dan terbukti berkesan.Paling best sebab kosnya murah and chemical free.Confirm tidak 'mengoyak'kan poket anda :-D
- Posted via Blogaway -
Petua Mudah Menghilangkan Parut Jerawat
Monday, 19 November 2012
Qunut Nazilah for helping Palestinian

Source : as state @ pic
Jom kita sama2 baca doa qunut nazilah ini sbg salah satu cara membantu saudara kita yang teraniaya di Palestine. Sangat sebak dan rasa tida sanggup melihat gambar2 yg di paparkan di facebook mngenai Palestine, terutama gambar kanak-kanak dan baby :'(
- Posted via Blogaway -
Wednesday, 14 November 2012
Selamat Tahun Baru 1434H
Rabbighfirlana -Tuhan ampunilah kami
Warhamna -Sayangilah kami
Wajburna -Cukupilah kekurangan kami
Warfa'na -Tinggikanlah darjat kami
Warzuqna -Berikanlah kami rezeki
Wahdina -Berikanlah kami petunjuk
Wa'afina -Sihatkanlah kami
Wa'fu'anna -Maafkanlah kami
Selamat Tahun Baru semua,semoga segala amalan kita diterima olehNya dan semakin bertambah serta kita semua sentiasa mendapat keberkatan,keampunan,rahmat,lindungan dan kasih sayangNya.Aamiiin
- Posted via Blogaway -
Tuesday, 6 November 2012
Happy anniversary
Assalamualaikum
Gambar ni suppose to be uploaded kemarin(5.11.2010) sbb 2 tahun lalu pada tarikh itu la termeterai perjanjian "aku terima nikahnya"di antara kami berdua. Tapi hari ni pun dikira masih valid sebab ni hari persandingan kami dan merupakan hari officially kami di'perkenal'kan kpd saudara dan kawan2 sebagai suami isteri.How time flies kan?2 thn x terasa n dalam 2 tahun ni alhamdulillah kami berjaya mengharungi suka duka dalam perkahwinan.
Dear hubby,happy anniversary.I love u today and i'll love u more tomorrow n forever.I wish we will celebrate more anniversary-with more love and passion.Smoga kita menjadi spt adam dan hawa yg saling melengkapi sampai syurga.
- Posted via Blogaway -
Saturday, 3 November 2012
Will be In-Trend 2013

Assalamualaikum
Hi,selamat hari Sabtu.How's ur weekend,best ke?Ok,saya boring! Mau keluar tiada mood sebab mcm penat n best lagi duduk rumah sma family.So masa hari ni selain menghabiskan masa dengan berhuha-huha sama family masa juga dihabiskan dengan membaca semua majalah and news dalam flipboard. Apa tu flipboard?Alaa saya cerita lain kali la ok.
Now saya mau cerita pasal salah satu trend yg akan 'in' atau famous tahun depan -2013. Ok la adik2,kakak2 sekalian,start dari sekarang boleh la kumpul outfit yang ada ciri-ciri;
1) jalur(stripes)
2) warna hitam/putih
3) pattern berlainan tapi sama warna
Sebab trend tahun depan orang akan pakai style baju dan skirt/seluar berlainan pattern tapi menggunakan warna yang sma macam dalam gambar atas tu. Selain tu outfit warna hitam/putih juga akan 'in' semula.Oh ya,lagi satu tahun depan mostly fashion akan menggunakan tema tahun 1920an. So ni saja tips utk kali ni.tips lain nanti saya share lagi ok. Jadi boleh la start kumpul baju ya dari sekarang. Selamat mengumpul :-D
(Read: Saya bukan fashionista,saya hanya share apa yg saya baca dan tahu untuk panduan kita semua.Yang baik kita ikut dengan syarat tidak melanggar syariat agama ok)
- Posted via Blogaway -
Wednesday, 31 October 2012
Kisah kapitalis,kerajaan,rakyat,pekerja,rakyat dan masa depan
Sebuah keluarga dari golongan pertengahan di sebuah negara Timur Jauh, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Filipina.
Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, “Ayah, apa itu politik?” Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, “Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?”
Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, “Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay.”
Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama George itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang *tuuuuut* dengan si pembantu Filipina itu.
Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.
Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, “Dah faham apa itu politik?”
Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, “Dah!”. Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, “Jadi apa dia politik tu?”.
Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. “Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik”.
pssst >>> cerita ini mungkin hanya rekaan dan bertujuan untuk melawak,tapi ada beberapa pengajaran yang boleh kita ambil.Fikirkan!
Source : Mukabuku
- Posted via Blogaway -
Monday, 29 October 2012
Aku terima nikahnya
Siapa sudah tengok wayang ni angkat tangan?So macamana,best ke tida?For me boleh dapat 3 setengah bintang la.Part ending dia yg macam terlalu cepat and kureng best sikit.Pasangan suami isteri kalau tengok cerita ni memang boleh feeling la.Boleh feel macamana kesedihan si Arlyssa(Nora Danish)time kena ignore oleh suami dia *Eh cantik kan nama arlyssa-sukaaa*. Pasangan couple sebelah saya siap nagis ok tengok cerita ni. Nora Danish pun sangat cantik,comel and seksi dalam cerita ni.Bukan sexy pakai singkat2, i mean gaya lakonan dia yg menggoda dan manja buat dia nampak seksi.
Btw,dari cerita ni saya dapat la beberapa moral of the story yang boleh dijadikan panduan;
1) Even sudah kahwin,kita harus bersedia untuk menerima segala kemungkinan utk kehilangan sementara/kekal orang yang kita sayang sebab suami/isteri/anak hanyalah pinjaman dari Allah
2) Terima pasangan kita seadanya walaupun ujian melanda
3) Jika menerima ujian dalam rumahtangga,harus berfikir secara matang dan meminta pandangan orang yg lebih berpengalaman(ibu bapa/org lbh tua) dan bukan bertindak secara melulu dengan bercerai serta merta kerana hati boleh berubah dan orang yg kita benci hari ini mungkin akan jadi org paling kita sukai esok.
"Perceraian walaupun halah disisi Islam tetapi adalah perkara halal yang sangat tidak disukai Allah"
pssst > Cerita ni mungkin tidak sehebat dan seromantik filem The Vow, but still not bad utk ditonton.Ok lepas ni boleh book tiket :-)
- Posted via Blogaway -
Wednesday, 24 October 2012
Tuesday, 23 October 2012
Kisah RM1 vs RM100

Yang satu diperbuat dari kertas manakala yang satu lagi daripada polymer....sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.
4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yang RM100 bertanya kpd RM1.00 "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis".
Lalu RM1.00 bertanya balik kpd RM100, "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"
Lalu RM1.00 bertanya lagi, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah"
RM 1.00 pun berkata lagi, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah ALLAH dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd ALLAH. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"
Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini.
MORAL OF THE STORY Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan ALLAH SWT. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!
-->saya copy cerita ni dari mukabuku.semoga dapat sama2 kita jadikan ikhtibar dan panduan dlm memperbaiki diri.
- Posted via Blogaway -
Sunday, 21 October 2012
Aku ingin memilikinya

Kekadang hati ku bertanya
Bilakah ku punyai dia
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
Bila dia mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
"Bila la bole cium baby n bau baby puas-puas ni"
- Posted via Blogaway -
Tuesday, 16 October 2012
Monday, 15 October 2012
I wish
I wish i can read peoples mind
Really...
- Posted via Blogaway -
Friday, 12 October 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)




