Assalamualaikum
Perjalanan pulang kami ke Kota Kinabalu dan Papar pada esok harinya (11.02.13) diiringi dengan cuaca mendung dan hujan sepanjang perjalanan dari Sandakan. Cuaca sangat sejuk masa tu dan terpaksa sekejap-sekejap off kan aircond dan pakai stokin sepanjang perjalanan. Dengan keadaan jalan di area beluran dan telupid yang berlubang lagi, memang menyukarkan perjalanan. Maka encek suami terpaksa drive dengan kelajuan siput heheheee. Tidakapa la,biar lambat asal selamat kan ;-). Tapiii punggung rasa kebas sangat, hidung pula jadi tersumbat dan kami akan berhenti di setiap kawasan pekan untuk merehatkan badan dan buang apa yang patut.
|
Cuaca mendung yang mengiringi perjalanan balik dari Sandakan ke Kota Kinabalu~Papar |
Semasa dalam perjalanan....sedang si suami sibuk men'drive' kereta dalam cuaca yang sejuk, si isteri pula sibuk meng'google' tempat best di area ranau yang belum dilawati. Akhirnya terjumpa juga si isteri dengan tempat best yang di suggest-kan oleh pakcik google. Tempat ni sebenarnya memang sudah lama ingin dilawati si isteri,tapi asyik telimpas/ter'miss' saja setiap kali pegi Ranau atau balik Sandakan.
|
Haaaa ini lah tempatnya. Boleh lihat kan signboard tu. |
Ya, tempat yang dimaksudkan tu ialah Ladang Teh Sabah. Orang-orang Sabah yang belum pegi Cameron Highland tu tidak payah la pegi jauh-jauh kalau mau tengok teh, di sini pun ada juga. Yang sudah pegi tu pun boleh pegi juga sebab pemandangan di sini pun sama hebat dengan Cameron Highland. Tiada bayaran dikenakan untuk MASUK SAHAJA ke ladang teh ni, tapi sekiranya kamu mau melawat ke ladang teh dan pegang sendiri daun-daun teh serta mendengar penerangan dengan lebih lanjut bayaran RM12.00 dikenakan untuk seorang. Selain tu, terdapat juga pakej perkhidmatann lain yang boleh di semak di laman web
Sabah Tea Garden untuk mereka yang ingin membuat lawatan sambil belajar ke sini. Oh ya, Sabah Tea Garden juga menyediakan kemudahan chalet dan kemudahan perkemahan untuk mereka yang ingin bermalam di kawasan ladang teh ni tau. Semua kemudahan ni boleh di semak di laman web mereka.Oh ya lupa mau bagitau,ladang teh ni terletak berhampiran dengan kawasan
Tagal. Alaaa kawasan ikan yang jinak-jinak tu. Lepas pegi ladang teh, boleh la singgah di tagal. Tapi jangan pegi masa hujan sebab kawasan tu akan ditutup bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Oleh kerana cuaca yang hujan ketika tu, kami ambil keputusan untuk singgah sekejap sahaja. Lagipun tidak tahan oh,sejuk sangat masa tu asyik mau terkucil saja. Di ladang ni kami sempat singgah ke bahagian front office yang menempatkan sebuah restoran tempat minum teh/lunch dan juga kedai menjual teh dan barangan cenderamata. Harga teh yang dijual di sini lebih murah sikit daripada harga teh yang dijual di kedai atau supermarket. Oh ya, front office ni terletak bersebelahan dengan kilang tempat memproses daun teh.
|
Front office Sabah Tea Garden. Ramai orang singgah masa ni.
|
|
Pemandangan di Ladang Teh Sabah. Yang hijau-hijau tu daun teh la tu. Gambar ni diambil masa kami berhenti sekejap tepi jalan |
|
Sejuk mata memandang kan. Eh bahagian belakang tu bukit ya, belum nampak gunung kinabalu dari sini lagi ;-) |
|
Close up daun teh |
Perjalanan dari signboard ladang teh ke front office ladang teh ini berjarak sejauh 600m. Permukaan jalannya berbatu-batu kecil(gravel) dan curam sedikit di kawasan tertentu dan memerlukan pemanduan yang lebih berhati-hati sebab keadaan jalan tu kurang baik terutama masa hujan. Di bahagian sebelah kiri jalan kita boleh lihat pemandangan ladang teh yang luas dan teratur. Memang sejuk mata memandang. Sesiapa yang mau kurangkan rabun tu, boleh pegi sini ya.
|
Jalan masuk ke ladang teh. See...gravel masih kan. So extra carefull ya naik sini |
|
Perjalanan turun |
|
Kilang tempat memproses daun teh |
Selesai melawat ladang teh, kami singgah di pekan Ranau untuk mengisi perut dan menunaikan solat. Perjalanan pulang diringi oleh kabus tebal terutama di kawasan kundasang. Saya memang suka kalau cuaca berkabus sebab boleh off aircond dan buka tingkap untuk hirup udara segar. Feeeling-feeling oversea gitu cakap keluar 'asap' dari mulut hehehehee. Kami sampai dengan selamatnya hari tu di Papar pada pukul 8.40 malam. Syukur Alhamdulillah.
|
Jalan yang mula di tutupi kabus |
|
Kabus yang semakin menebal |
No comments:
Post a Comment