Monday, 23 July 2012

Biskut Cornflakes Milo fresh dari dapur saya di tengah malam



Assalamualaikum

Masa ready2 mau tidur tadi saya godek-godek instagram dan tetiba tertengok pula orang post gambar biskut ni. Aishhh mmg menggugat keimanan tau.Terus tida boleh tidur sebab asyik teringat.Last2 pegi dapur then trus masak. Biskut ni cepat,senang dibuat dan of course sedap ya puan-puan.Ta payah bakar ok. Peminat tegar milo dan cornflakes sila buat resepi ini ya,sangaaaaat la senang. Ok ini resepinya;

Bahan-bahan ( 10 orang )

100 Gram Mentega

100 Gram Cornflakes

100 Gram Serbuk Milo

4 Sudu Makan Golden Syrup (madu)

Cara-cara

1. Cornflakes di hancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas

2. Masak mentega hingga cair di api yang sederhana

3. Sudah cair masukkan golden syrup (kacau hingga sebati)

4. Masukkan Milo (Kacau hingga sebati)

5. Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yg telah dihancurkan.

6. Bulatkan lah semasa masih panas dan masukkan ke dalam cup kertas yg kecik2 tu.

7. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi sedap)

Resepi ni saya cedok dr myresepi. Saya tida tunggu sejuk lagi,terus makan. Hehehee. Ok la mau teruskan makan biskut sedap ni, selamat mencuba! (^:^)v


- Posted via Blogaway -

No comments:

Post a Comment