Monday, 18 February 2013

Agnes Keith House dan English Tea House & Restaurant Sandakan - Second Entry

Assalamualaikum

Ok jom kita sambung cerita percutian balik kampung haritu. Sebenarnya tujuan asal keluar ke bandar haritu ialah untuk hi tea di English Tea House & Restaurant (ETHR), then pegi bandar untuk shopping seafood. Tapi tersesat jalan pula terus ter'parking' di depan Agnes Keith House(AKH) yang berada bersebelahan dengan English Tea House & Restaurant. Oleh kerana sudah tersampai di sana kami pun beli la tiket untuk masuk ke AKH. Oh ya kedua-dua tempat ni berada di atas bukit dan terletak di Jalan Istana, Sandakan. 

Agnes Keith House ni sebenarnya ialah sebuah rumah lama kerajaan yang pernah dihuni oleh Agnes Keith, isteri kepada seorang pegawai British. Agnes Keith ni pernah menulis buku describe tentang Sabah tau. Kalau mau tau dengan lebih lanjut lagi tentang beliau boleh baca di sini. Pernah suatu ketika rumah ini tidak terurus dan menjadi sarang penagih dadah. Tapi selepas tu pihak Muzium Sabah telah mengambilalih dan menguruskan tempat ni dan mewartakannya sebagai salah satu tempat tinggalan sejarah di Sabah. Tiket masuk ke AKH berharga RM2.00 untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah pula tidak dikenakan bayaran. Rumah Agnes Keith ni dari luar nampak macam rumah biasa saja, tapi kalau masuk dalam rumah ni...pasti tenganga tau. Oh ya, sebelum masuk ke rumah ni kita dimestikan untuk buka kasut/selipar dan letakkan di rak yang disediakan. Jangan risau ok,kasut dan selipar tu tidak akan hilang. Gambar view dalam rumah ni boleh dilihat di blog ini.





Gerbang masuk ke rumah Agnes Keith.  Agnes Keith house dekat belakang tu saja.  Turun tangga sikit , sampai lah ke rumah tu.

Ini lah dia Rumah Agnes Keith. 


Selepas puas round-round di AKH baru laaaa kami perasan yang ETHR tu hanya bersebelahan dengan AKH tu. Memula tu mau cancel sudah hi tea di sana sebab telihat macam ada majlis kawin di restoran tu, tapi bila encik suami check rupanya majlis tu sudah selesai dan ada juga pelanggan lain minum di sana. Cuaca masa tu memang gelap dan mendung, sebaik saja kami meletakkan punggung ke atas kerusi hujan turun dengan lebatnya. Fuhhhh syukur la sempat masuk ke restoran tu, kalau tidak memang basah kuyup la.  Restoran ni boleh dimasukkan dalam list tempat untuk buat majlis 'garden wedding' sebab kawasan tamannya sangat cantik dan ke'Inggeris'an. Ala-ala macam taman di 'oversea'. Ada pokok Ru lagi(eh btul kaaa?) Di bahagian halaman restoran ni juga disediakan gazebo dan sesuai untuk pasangan atau keluarga yang mau kan privasi

Petang tu kami order set untuk dua orang sahaja dan memandangkan baru saja makan nasi sebelum keluar tu kami order set yang kira 'boleh habis' la yang mengandungi 2 biji scones dengan jem strawberry dan butter, 2 biji sandwich,4 biji custard tart , tea(me) and cappucino(for hubby). Set tu berharga RM28.00 sahaja, tapi bila di tambah dengan tax dan service charge total damage berjumlah RM40.00. Kira mahal juga la service charge dekat restaurant ni. Tapi puas hati juga sebab servis ok, scones dan custard tart tu pun boleh tahan sedap. 


Pemandangan dari dalam English Tea House & Restaurant.





Set 'boleh habis'

Berhadapan dengan ETHR ni terdapat sebuah 'tempat' untuk melihat view panorama bandar sandakan. Dari sini kita boleh lihat bangunan Genting Mas(tempat shopping groceries paling famous di Sandakan), Harbour Mall,hotel fourpoint dan macam-macam lagi lah. Lepas puas bercamwhore di sini kami pun meneruskan perjalanan ke bandar yang berada dekat bawah saja untuk shopping seafood. Oh ya, seafood di sandakan sangat murah ya berbanding dengan kota kinabalu especially udang dan ketam. So sesiapa yang pergi ke Sandakan tidak borong seafood memang rugi. Ok kita stop dulu sini ya, entry seterusnya saya akan cerita destinasi yang kami lawat dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu~Papar pula. Wassalam (" ; ")


Panorama bandar sandakan yang sempat di "capture" 

No comments:

Post a Comment