Assalamualaikum
Hi,sihat ka semua hari ni? Mudah2an semua sihat walafiat saja hari ni. Esok hari jumaat,jadi mesti semua pun happy n rasa sihat saja mau bekerja kan. Ermmm bagi yang dilanda angin gastrik tu,meh saya bagi sket petua supaya dapat mengelakkan gastrik tu dari semakin menjadi-jadi a.k.a makin sakit. Tapi dimaklumkan awal-awal ya,ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan petua dari orang-orang terdekat. So mungkin ada petua yang tidak mujarab untuk kamu.
1. Elakkan meminum air sejuk ketika dilanda gastrik.Kalau tidak sakit boleh saja minum banyak mana pun. Sebab wap sejuk tu boleh menyebabkan angin tu makin menyesakkan perut dan boleh menyebabkan perut rasa senak,kurang selesa dan sukar untuk bernafas. Jadi apa mau buat ni? Ok, oleh kerana tidak boleh minum air sejuk,so minum la air suam atau air susu suam. Ada juga sesetengah yang bila minum susu makin senak perut,saya pun pernah rasa macam tu tau. Dari pengalaman saya,kalau minum susu yang berkrim memang mudah senak perut tapi kalau minum fresh milk(air) atau jenis tepung boleh kurangkan senak perut tu.
2. Makan madu dan air suam. Madu tu kalau boleh madu asli,lagi berkesan. Oh ya,kena pakai sudu plastik tau.(saya lupa sudah knapa msti pakai sudu plastik.Kalau ada yang tau boleh jelaskan diruang komen)
3. Elakkan makan makanan berminyak
4. Jangan mandi menggunakan air sejuk. Sebabnya sama macam minum air sejuk tadi,boleh menyebabkan kesenakan perut semakin menjadi-jadi. Kalau gastrik makin menjadi-jadi boleh buat badan rasa lemas, sesak nafas dan pitam tau.
5. Makan habbatussauda a.k.a jintan hitam. Habbatussauda ni macam yang kita sedia maklum boleh membantu kesembuhan pelbagai penyakit(dgn izin Allah). Dari pengalaman saya memang berkurang sakit kalau makan ni sebab lepas makan tu memang badan akan mengeluarkan angin samada dari mulut atau dari bahagian bawah tu. :-)
Bagi yang senang masuk angin dalam badan,bahagian kaki harus dijaga sebab angin paling senang masuk dari bahagian kaki. So kalau rasa kaki sudah mula sejuk-sejuk tu pakai la stokin. Oh ya,bila gastrik melanda sebaiknya sapu minyak angin dekat bahagian perut dan kaki untuk melegakan kesenakan perut,buat perut rasa panas dan membuang angin dalam perut. Kadang-kadang gastrik ni disebabkan oleh angin juga tau. Ok itu saja petua yang dapat saya kongsikan dan seperti yang kita ketahui penyakit dan kesembuhan dari penyakit tu semua dengan izin Allah,so selain mengamalkan petua ni kita berdoa la juga minta kesembuhan. Hopefully,dapat ilmu ni sedikit sebanyak dapat membantu semua. Bye. :-)
psssst >>> Minyak gamat adalah antara minyak angin paling berkesan untuk melegakan gastrik. Minyak ni banyak kegunaannya dan ia juga dibacakan ayat Al quran untuk membantu kesembuhan. Tapi minyak ni tidak boleh dilangkah dan harus membaca selawat sebelum menyapukannya pada bahagian yang sakit.
- Posted via Blogaway -