Tuesday, 23 October 2012

Kisah RM1 vs RM100



Yang satu diperbuat dari kertas manakala yang satu lagi daripada polymer....sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yang RM100 bertanya kpd RM1.00 "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis".

Lalu RM1.00 bertanya balik kpd RM100, "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

Lalu RM1.00 bertanya lagi, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah"

RM 1.00 pun berkata lagi, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah ALLAH dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd ALLAH. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini.

MORAL OF THE STORY Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan ALLAH SWT. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!

-->saya copy cerita ni dari mukabuku.semoga dapat sama2 kita jadikan ikhtibar dan panduan dlm memperbaiki diri.


- Posted via Blogaway -

1 comment:

  1. Rela jugak jd RM1 tu.......dr RM100 tp nk RM100 utk belanjer lebih....huhuhu..

    ReplyDelete