Wednesday, 31 October 2012

Kisah kapitalis,kerajaan,rakyat,pekerja,rakyat dan masa depan


Sebuah keluarga dari golongan pertengahan di sebuah negara Timur Jauh, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Filipina.

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, “Ayah, apa itu politik?” Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, “Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?”

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, “Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay.”

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama George itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang *tuuuuut* dengan si pembantu Filipina itu.

Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, “Dah faham apa itu politik?”

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, “Dah!”. Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, “Jadi apa dia politik tu?”.

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. “Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik”.

pssst >>> cerita ini mungkin hanya rekaan dan bertujuan untuk melawak,tapi ada beberapa pengajaran yang boleh kita ambil.Fikirkan!

Source : Mukabuku


- Posted via Blogaway -

Monday, 29 October 2012

Aku terima nikahnya


Siapa sudah tengok wayang ni angkat tangan?So macamana,best ke tida?For me boleh dapat 3 setengah bintang la.Part ending dia yg macam terlalu cepat and kureng best sikit.Pasangan suami isteri kalau tengok cerita ni memang boleh feeling la.Boleh feel macamana kesedihan si Arlyssa(Nora Danish)time kena ignore oleh suami dia *Eh cantik kan nama arlyssa-sukaaa*. Pasangan couple sebelah saya siap nagis ok tengok cerita ni. Nora Danish pun sangat cantik,comel and seksi dalam cerita ni.Bukan sexy pakai singkat2, i mean gaya lakonan dia yg menggoda dan manja buat dia nampak seksi.

Btw,dari cerita ni saya dapat la beberapa moral of the story yang boleh dijadikan panduan;

1) Even sudah kahwin,kita harus bersedia untuk menerima segala kemungkinan utk kehilangan sementara/kekal orang yang kita sayang sebab suami/isteri/anak hanyalah pinjaman dari Allah

2) Terima pasangan kita seadanya walaupun ujian melanda

3) Jika menerima ujian dalam rumahtangga,harus berfikir secara matang dan meminta pandangan orang yg lebih berpengalaman(ibu bapa/org lbh tua) dan bukan bertindak secara melulu dengan bercerai serta merta kerana hati boleh berubah dan orang yg kita benci hari ini mungkin akan jadi org paling kita sukai esok.

"Perceraian walaupun halah disisi Islam tetapi adalah perkara halal yang sangat tidak disukai Allah"

pssst > Cerita ni mungkin tidak sehebat dan seromantik filem The Vow, but still not bad utk ditonton.Ok lepas ni boleh book tiket :-)


- Posted via Blogaway -

Wednesday, 24 October 2012

Tuesday, 23 October 2012

Kisah RM1 vs RM100



Yang satu diperbuat dari kertas manakala yang satu lagi daripada polymer....sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar di masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yang RM100 bertanya kpd RM1.00 "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis".

Lalu RM1.00 bertanya balik kpd RM100, "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

Lalu RM1.00 bertanya lagi, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah"

RM 1.00 pun berkata lagi, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah ALLAH dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd ALLAH. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini.

MORAL OF THE STORY Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan ALLAH SWT. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!

-->saya copy cerita ni dari mukabuku.semoga dapat sama2 kita jadikan ikhtibar dan panduan dlm memperbaiki diri.


- Posted via Blogaway -

Sunday, 21 October 2012

Aku ingin memilikinya



Kekadang hati ku bertanya

Bilakah ku punyai dia

Kerana diriku berasa

Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya

Aku ingin menjaga dia

Aku ingin mencinta dia

Aku ingin hidup dengannya

Bila dia mendekati diriku

Hatiku rasa sesuatu

Bila dia senyum pada diriku

Hatiku rasa tak menentu

"Bila la bole cium baby n bau baby puas-puas ni"




- Posted via Blogaway -

Monday, 15 October 2012

I wish


I wish i can read peoples mind


Really...


- Posted via Blogaway -

Friday, 12 October 2012

Wednesday, 10 October 2012

Sunday, 7 October 2012

Tazkirah



~ capture from intagram & credit to owner of the picture~


- Posted via Blogaway -