Tuesday, 25 September 2012
Jangan Bersedih
Setiap Orang
Akan ada sesuatu yang dia simpan
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan
Siapa pun dia
Segembira mana pun dia
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis
Pasti ada!
Kerana dia juga manusia
Makanya
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa Hanya kamu yang melalui
Dan hanya kamu yang mengerti
Kamu silap, dan kamu salah
Ada orang lain yang pernah melaluinya
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui
Ada!
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu
Kamu yang tak pernah nampak
Jangan selalu menganggap
Bahawa kamulah yang paling susah
paling sakit diuji
Paling berat diduga
Ada!Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya
yang lebih berat penderitaannya
Sudahlah, kesat air matamu
Walau serumit mana situasi kamu
Pujuk hatimu
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada
Bila kamu menyandar harapan padaNya
DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNya
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu
Saya dpt ni dr status FB adik saya Nina.rasa sangat touching masa baca ni. Kadang2 kita lupakan DIA,sebab tu kita terus terleka. Semoga kita tidak terleka lagi dan sentiasa berusaha menghampiriNya.Amiiin.
*Ini adalah entri selingan,harap maklum*
- Posted via Blogaway -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment