Friday, 30 March 2012

Obses dengan kecantikan?! Sila baca dan klik link di bawah


Assalamualaikum

Saya baru terbaca tulisan Wardina tentang kecantikan.Tidak dinafikan kadang2 kita terlalu obses mahu cantik dan mahu yg berjenama pdhal semua itu bukan ukuran utk menilai kecantikan. Sangat terkesan di hati dan membuat saya berfikir pjg terutamanya bila membaca;

"Bagaimana kita menilai cantik? Tak cantikkah seorang wanita yang tiada baju berjenama dan solekan diwajah namun kaya dengan ilmu, santun, adab dan akhlak?"

Walaupun saya blm lgi kira obses smpai hari2 belek psl kecantikan/fesyen dan bergaya sakan,tpi terasa la jugak sbb kdg2 saya pun tgk juga mjalah2 yg disebutkn tue :-P. Rasa mcm kena pangggg sebiji dkt muka.Awwww.Okla sila klik I luv Islam utk baca artikel tu. Sangat bestutk menilai diri kita.

Wednesday, 14 March 2012

Saya sangat gembira sekarang...Alhamdulillah


Assalamualaikum

Mode : lega + gembira

Sebab ;

1) Alhamdulillah semua assignment sdh siap.Boleh tenangkn hati dan fikiran sblm start task baru-sistem 'relief' guru pula(Ok start pening balik)

2) Insyaallah next week akan start satu lagi projek baru.Mudah2an semua yg dirancang bjalan dgn lancar.Amiin.

3) Cuti skola mmg waktu yg paling best..sbb byk masa 'relax' utk saya.horrayyy!

Harapan : Semoga hari-hari mendatang kita semua akan dipenuhi dgn banyak2 perkara yang baik2 dan segala urusan dipermudahkan.Amiiiin.

Ok,bye (^;^)v ©

Friday, 9 March 2012

Saya sepatutnya...tidak merepek mcm dkt bawah ni


Assalamualaikum

Saya sepatutnya tgh buat research utk bahan xsiment, tapi saya belek-belek mukabuku pulak

Saya sepatutnya tidak lagi susah pyh buat xsiment, tapi saya sengaja cari pasal peningkan diri sendiri

Saya sepatutnya buat xsiment tu awal spy tidak terkejar2 due date, tapi saya suka pla bertangguh *aishhh*

Saya sepatutnya tdak rasa mcm mau muntah tgk tu xsiment, tapi saya rasa begitu pula

Saya sepatutnya tidak lagi ambil job2 mcm ni, tapi saya buat juga.*padan muka*






dan







Saya sepatutnya tidak mengeluh dan membebel mcm ni , tapi saya mau buat jga utk menghilangkan serabut di kepala ni :-P.Arghhh mau tidur la,esok baru buat. Sorry entry kali ni sgt-sgt merepek.zerooo

pssst : jangan paksa diriiii,kan? (^¿^)v

Ikhlas untuk lebih rezeki


Assalamualaikum

Dalam satu perbualan cerita kehidupan dgn si A;

A : Mcm banyak pula duit aku mengalir bulan ni tapi  x tau pegi mana.hmmm mungkin sebab aku masih ada sikit rasa x ikhlas masa bt kerja.Kdg2 rasa x adil sbb mcm byk kerja kna bagi pdhal ramai lgi yg byk msa free...bla bla bla bla..(sesi luahan rasa)

Saya rsa ada btulnya juga luahan rasa ni,sbb saya prnh/selalu rasa gitu juga.Kalau rasa berat mau bt kerja n mcm x ikhlas duit hasil kerja kita tadi senang sja mengalir pegi hal-hal yg kurang penting.Tapi kalau kita enjoy bt sesuatu kerja bila dpt hasil tu mmg akan pegi ke benda-benda yg bermanfaat dan rasa mcm ada kepuasan yg luar biasa. Maybe sbb tu ada orang yang pendapatannya kecik sja tapi dia rasa sdh cukup tapi ada org yg pendapatannya besar tapi masih rasa kurang. Sedikit sebanyak saya rasa bnda ni berkait dgn sifat dlm diri kita-tamak.Walaubagaimanapun tida slh cri pndapatan lebih asal dr sumber yg baik/halal.Ermmm besar sungguh pngaruh ikhlas dlm kehidupan kita ni kan.

pssst : Ada masa x bole elak juga dari rasa gitu kalau environment atau colleague buat hal sebab sedikit sebanyak mmg mempengaruhi jga kan.*grrrrrr*

Sunday, 4 March 2012

Hijab ku


Assalamualaikum

"Hijab adalah alat untuk seorang wanita menyembunyikan perhiasannya (rambutnya/ kecantikannya), namun kebanyakan tudung sekarang berfungsi untuk menggantikan perhiasan yang tersembunyi itu. Tudung dijadikan alat untuk berhias/berfesyen"- anon-


Mode : tgh fikir dalam2 ttg ayat di atas.Akukah itu??!.*Dushhh*


Friday, 2 March 2012

Ayah,ibu...,ajarkan kami ilmu agama


Assalamualaikum

"Mengajar anak-anak bersolat dan berwuduk dam membiasakan mereka membuatnya,akan meringankan kesusahan bersolat atas mereka apabila sampai usia wajib melaksanakan solat. Apabila mengajar anak bersolat,mereka juga perlu diajar membaca al-Quran untuk dibaca dalam solat itu sendiri"-buku Anakku soleh,anakku cemerlang(Ustaz Zahazan Muhammad).

*kebanyakkan ibu bpa hari ini rasa bangga klu anaknya berjaya dlm pelajaran akademik(score straight A),tapi brapa ramai yg berbangga dgn pencapaian anak mereka dlm bidang agama.Cth: anak dpt mengaji dgn tajwid yg betul,anak dpt score A dlm pengajian agama.Alhamdulillah ,ramai yg sudah celik dgn perlunya didikan agama dr kecil ni dgn mnghantar anak ke sekolah rendah agama/KAFA kemudian ke SMKA.Bagi saya,even anak itu tidak jadi seorang ustaz/ustazah nti tpi sekurang2nya dia punya asas agama yg insyaallah bole dijadikn perisai spy tidak melakukan bnda tidak baik.Satu bnda lagi yg saya rasa amat perlu dititikberatkan dr kecil ialah ilmu al-quran atau kebolehan mengaji,sebab ilmu inilah yg akan digunakan untuk memberikan hadiah dan saham kpd ibubapa di akhirat kelak.Bagi saya kejayaan seseorang anak itu tidak perlu diukur dgn hanya kepandaian dlm ilmu dunia,tetapi anak yg kurg berjaya dlm ilmu akademik tapi pndai mengaji dan menguasai ilmu agama dgn baik juga boleh dikatakn berjaya krn sekurg2nya mreka inilah yg akan membacakn yassin dihari kematian ibubapanya dan mndoakn kesejahteraan mereka.Ukuran bagi sesuatu kejayaan itu subjektif bukan?.Kenapa saya rsa perkra ni pnting?sebab saya bckp berdasarkan pengalaman.Dulu saya pernah terdengar rintihan seseorang yg sya jumpa berkata"kalau la dulu aku di benarkan untuk pergi kelas mengaji kan bagus".Tapiiii..masih belum terlambat ya utk belajar mengaji walaupun sudah dewasa atau ada keluarga.Nenek saya pun belajar mengaji time sdh tua tau. Marila sama2 kita perbaiki diri.Yg tidak tau mngaji boleh belajar,yg sudah tau boleh amalkan apa yg sdh kita pelajari.Saya juga dlm usaha ke arah itu-solat on time dan mngaji dgn lbh byak.Sama-sama ya kita usaha :-)

Ok la,next time kita smbung lagi.tataaaa©

Wassalam.