Wednesday, 9 October 2013

Kuih UFO

Saya pun tidak pasti nama kuih ni tapi pernah terbaca ada yang gelar kuih ni kuih tahi itik. Kuih ni hanya terdapat di Sandakan sahaja dan boleh dibeli di bakeri dan beberapa kedai yang menjual roti.Saya beli ni dekat kedai Bakeri Mee Ngar di Batu 8.Dekat kedai Jai Hoo di BDC pun ada juga.Saya tidak pastu lagi UFO dekat mana yang paling sedap tapi Kuih UFO yang saya beli tu kira ok juga rasanya.

Kuih ni bentuknya macam tart tapi rasa base dia tu lembut macam kek dan manis macam rasa pavlova.Inti yang kuning tu rasa kastard campur telur dan yang putih tu adalah cream.
Rupa kuih UFO ni ada 2 seperti gambar dekat bawah ni.So kalau jumpa kedua-dua bentuk ni kuih UFO la tu k

Tuesday, 8 October 2013

Tips kulit glowing menggunakan illuminator

Assalamualaikum

Sebelum ni saya sudah bagi tips menjadikan muka kelihatan glowing dan flawless menggunakan Brush On Radiance kan.Ok tips kali ni khas bagi mereka yang suka menggunakan liquid foundation pula.

Ramai antara kita yang suka guna foundation untuk menutup cela dan kesan di muka kan.Tapi masalah bila menggunakan foundation ni kulit muka akan nampak macam matte dan ketara sangat la pakai makeup tebal.So untuk mendapatkan efect flawless dan natural boleh menggunakan Radiant Highlighter Skin Illuminator(Body Shop) atau Strobe Cream Hydrant Luminax(Mac). Boleh juga menggunakan brand lain.Cakap ja dgn salesgirl tu nak cari highlighter /illuminator.

Cara menggunakan produk ni lebih kurang sama dengan produk Brush On Radiance.Yang berkulit jenis berminyak kena apply sikit sahaja ya. Illuminator/highlighter ni kita boleh apply sebelum atau selepas menyapu foundation ke seluruh muka dengan sapuan di lebihkan di bahagian pipi,dagu dan dahi untuk tujuan highlight kan bahagian tu.Hasilnya kulit akan kelihatan flawless,radiant,glowing dan nampak sihat.

Kelebihan liquid illuminator/highlighter ni berbanding Brush On Radiance ialah ia mampu menyorokkan garis-garis halus kesan penuaan serta bintik hitam. Kebanyakkan produk ini juga mengandungi vitamin E yang mampu melembutkan dan menyihatkan kulit.

Tips makeup menjadikan muka glowing

Assalamualaikum

Amboi cik kak...nampak perkataan glowing trus cepat-cepat click post ni ye :-p. Perempuan mana yang tak nak kulit nampak cantik kan?.Alahh sama la kita tu hehehee. Actually saya tidak la hebat dan terror sangat bab makeup ni.Makeup pun yang basic je pun.Tapi sebab saya rasa benda ni bermanfaat dan boleh menggembirakan hati kita semua so apa lah salahnya kita share ilmu.Kan Sharing is caring (":")v

Ok produk yang saya nak introduce kali ni ialah Brush On Radiance (Body Shop). Brand lain pun ada juga so boleh pakai brand apa-apapun. Brush On Radiance ni rupa dia macam bedak sejuk yang biji-biji kecil tu. Boleh apply guna sponge lembut atau guna berus blusher di seluruh muka dan lebihkan sapuan pada pipi,dagu dan dahi.Produk ni bila kita apply dia akan bagi effect warna kulit macam apricot/pinkish gitu dan membuatkan kulit kita kelihatan flawless dan glowing.

Tapiiii...bagi mereka yang mempunyai kulit jenis oily atau berminyak disarankan guna nipis-nipiiiis sahaja ok sebab nanti kulit akan kelihatan lebih berminyak.Produk ni tidak boleh di sapu terlalu tebal tau sebab ia akan membuatkan muka kelihatan berminyak dan macam crystal ball/cermin sebab terlalu shining.

Saya selalu guna langkah mudah macam dekat bawah ni bila keluar jenjalan:
1)Sapu moisturiser/sun block di seluruh muka
2) Sapu compact powder(yg ada foundation)
3)Sapu blusher dekat pipi
4) Sapu nipis-nipis brush on radiance di seluruh muka dan highlight kan dekat pipi,dagu dan dahi.
*eyeliner dan eye shadow pepandai la nak sapu bila*

Fungsi produk ni lebih kurang macam highlighter dan shimmer yang boleh buat kulit nampak bersinar-sinar dari jauh.Selain tu ia kita boleh jugak guna produk ni dengan liquid foundation dan caranya sama macam atas ni.Tapi dah alang2 guna liquid baik guna liquid illuminator yg boleh di apply bersama foundation.lagi best kesannya.Oh ya harga produk ni around RM65-RM75 kot.Kira affordable dan berbaloi la kan.


Monday, 23 September 2013

Andai kau punya rasa*macam lirik lagu*

Cukup-cukup la bertanya
"Bila kau mau punya anak?"

Soalan yang aku tiada jawapannya
Soalan yang hanya mampu
dijawab olehNya

Aku juga punya rasa
Aku juga tahu terasa

"Mungkin kau tidak mencuba"
"Mungkin sebab kau kurang di sini sana"

Yang aku tahu
Mungkin rezeki ku belum ada
dan mungkin belum tiba masanya

Atau mungkin aku harus pasrah seperti katanya
Agar ia datang menjelma

Yang aku pasti semua ada hikmahnya
doakan kami dikurnia rezeki dariNya
Ini mungkin ujian kami berdua
Untuk kami(suami isteri) belajar berusaha,tawakkal,pasrah dan redha.

xoxoxoxoxoxoxoxo
Wanita yg blm punya cahayamata
-------------------------------

*Eh tiba2 pula pandai berpuisi.Actually ini adalah luahan rasa sebab sudah tidak dapat menahan rasa.Sorry sebab korang kena baca ini.Ok,emosi sedikit terganggu since akhir2 ini di asak soalan yang sama.tambahan lagi melihat baby-baby comel di sini sana..Arghhhh ini membuatkan hatiku melonjak-lonjak.

Ok sudah puas meluah rasa?ok kita back to normal...jalani hidup seadanya tanpa putus asa.U can do it wanie!

pssst doakan kami punya rezeki untuk merasa jadi ibu dan bapa ya.thanks...Love u all...mmmuah